Isnin, 31 Ogos 2020

TERKINI: Statistik Dan Senarai Terkini Covid19 Seluruh Dunia

Kes COVID-19 dunia pada masa kini telah mencapai sekitar 25.2 juta kes. Jumlah kes harian dunia menunjukkan penurunan iaitu lebih kurang 250,000 kes berbanding sebelumnya 282,000 kes.

Jumlah kes harian bagi negara India menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 78,000 kes.

Manakala negara Amerika Syarikat dan Brazil masing-masing menunjukkan penurunan iaitu 43,000 kes dan 34,000 kes.

Kadar kematian dunia pada masa kini menurun kepada 3.36% atau sekitar 847,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 68.77% atau sekitar 17.3 juta kes.


-Sumber:Majlis Keselamatan Negara

0 ulasan:

Catat Ulasan