Dalam video berdurasi lebih 10 minit itu, lelaki berkenaan memulakan ucapannya sambil memegang dokumen di tangannya dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap raja-raja di Malaysia.
Perkara itu menurutnya dapat dilihat melalui jumlah pemerintah Muslim yang dimiliki negara ini berbanding di China yang hanya mempunyai tiga pemerintah walaupun negara mereka lebih besar dan luas.
Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut juga dalam videonya dapat dilihat melemparkan kritikan terhadap masyarakat Melayu dan agama Islam di negara ini dengan mempertikaikan beberapa perkara seperti bilangan sekolah agama yang dan perlindungan yang diberikan kepada penceramah Zakir Naik di negara ini.
Identiti lelaki tersebut bagaimanapun menurut laporan tersebut masih belum dikenalpasti dan pihak polis juga memaklumkan masih belum terdapat laporan polis dibuat terhadapnya.
“Identiti individu terbabit masih tidak diketahui. “Sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung video itu,” jelas Mior Faridalathrash Wahid.
Bagaimanapun, lelaki tersebut menurutnya boleh disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 jika laporan dibuat terhadapnya.
credit
0 ulasan:
Catat Ulasan