Jumaat, 21 Ogos 2020

Kenapa marah sangat PAS nak sertai PN?


Itu strategi yang baik. UMNO enggan sertai PN juga strategi yang baik.

Keputusan ini akan membolehkan sebarang pembahagian kerusi dimulai melalui perbincangan dalaman Muafakat Nasional. Hasil perbincangan itulah yang akan dibawa UMNO untuk dirunding di peringkat Barisan Nasional sementara PAS pula akan membawanya untuk pengagihan di peringkat Perikatan Nasional dan Gagasan Sejahtera.

Akhirnya UMNO dan PAS lah yang akan mengetuai pembahagian kerusi antara parti-parti komponen kerajaan semasa.

Yang sepatutnya menjadi keutamaan bukanlah siapa nak join siapa. Tetapi bagaimana UMNO dan PAS (terutamanya) boleh menguasai gabungan yang mereka sertai supaya akhirnya MN akan menjadi teras utama kerajaan selepas PRU15.

Dan bila saya sebut menguasai, saya maksudkan kedua-dua parti ini perlu mendominasi pertandingan di 155 kerusi luar bandar bermajoriti Melayu bumiputera.

Situasi ni akan menjadi pengalaman baru kepada PAS sebagai mediator (orang tengah) kepada parti-parti yang berbeza ideologi - peranan yang sebelum ini dimainkan Semangat 46 dan PKR.

UMNO mungkin tiada masalah kerana mereka masih dominon di dalam Barisan Nasional.

Cuma satu sahaja saya nak pesan. Selagi mana PPBM masih enggan menyertai UMNO semula, mereka akan berdepan risiko pemulauan dan kekalahan mengejut walaupun di kerusi selamat.

Sebab walak dan ketaatan hanya untuk ahli.

Bukan penyokong.

Dan saya penyokong 😉
----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Masjid Tebauk Kuala Terengganu

Related Posts:

  • Kenapa marah sangat PAS nak sertai PN? Itu strategi yang baik. UMNO enggan sertai PN juga strategi yang baik. Keputusan ini akan membolehkan sebarang pembahagian kerusi dimulai melalui perbincangan dalaman Muafakat Nasional. Hasil perbincangan itulah yang ak… Read More
  • Wang tak dituntut sebagai sumber baru kerajaan? Gambar Hiasan ULASAN | Mencari sumber pendapatan baharu kerajaan kian mencabar dalam mengharungi pandemik Covid-19 apabila kerajaan digesa untuk meningkatkan perbelanjaan berbanding sebelum ini untuk tujuan pengekalan pe… Read More
  • Program Kakak Kondom anjuran Yayasan Aids mengelirukan Pelajar seronok datang ke program itu peroleh kondom percuma 1.KAKAK Kondom adalah sebuah rancangan khas berkenaan pendidikan seksual yang dianjurkan oleh Yayasan Aids Malaysia dengan kerjasama One Condom MY. Walaupun me… Read More
  • Boleh dengar suara dari alam lain dengan izin Allah - Mufti SEKIRANYA seseorang itu boleh mendengar (suara dari alam lain), kemungkinan ia adalah anugerah daripada Allah SWT." Demikian kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas rakaman video dimua… Read More
  • Ke mana dan macam mana Muhyiddin? PENDAPAT Muhyiddin dalam keadaan tidakmenentu? SUDAH lebih empat bulan Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri. Sudah cukup atau habis pantang jika tempoh pantang itu diambil sempena dengan tempoh sesuatu pantang menurut… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan