Kuala Lumpur: Pelakon Siti Saleha, 32, sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.
Saleha akui perceraian itu berlaku secara baik dan reda jodohnya dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan selama empat tahun.
"Okay, untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa," katanya.
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku terbabit juga enggan mengulas lanjut mengenai butiran berkenaan prosiding yang berlangsung itu.
Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih," katanya.
Terdahulu, pada 13 Oktober tahun lalu, Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi. Menurutnya, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.
Berita keretakan rumah tangga mereka agak mengejutkan apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.
Kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami pada 24 Mac tahun lalu. Hantaran itu sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.
Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
-myMetro
0 ulasan:
Catat Ulasan