Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberikan amaran terhadap strategi politik mencetuskan pilihan raya negeri (PRN) didalangi “kluster mahkamah” Umno, dalam sebuah kenyataan paling keras sejak Muafakat Nasional (MN) termeterai antara PAS dan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Bercakap kepada media menjelang retreat yang akan dihadiri beliau bersama Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hujung minggu ini, beliau menyelar “strategi” mencetuskan PRN, mengatakan ia adalah percubaan untuk mengelak daripada pertuduhan jenayah yang dihadapi sebahagian pemimpin Umno.
Kita tahu yang buat strategi ini adalah kluster mahkamah, kluster yang kalah PRU14, kluster yang tidak ada jawatan, bukan semua dalam Umno.”
Beliau menambah yang didakwa belum lagi disabitkan kesalahan, oleh itu mereka sepatutnya mempertahankan diri di mahkamah.Kluster mahkamah adalah istilah diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno yang kini berdepan pertuduhan jenayah di mahkamah termasuk bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang ketika ini berdepan pelbagai pertuduhan membabitkan kes rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah.
Mereka juga turut menjadi dalang dalam menumbangkan pentadbiran Muhyiddin Yassin yang terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap beliau.
0 ulasan:
Catat Ulasan