Khamis, 6 Januari 2022

SC mahu Azam Baki jelaskan kenyataan beli saham guna akaunnya

 

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan “menghubungi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki untuk memberi penjelasan” susulan pendedahan bahawa adiknya membeli saham menggunakan akaun beliau.

Ini menyusul pendedahan Azam semalam yang yakin bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau untuk membeli saham.

SC dalam kenyataan hari ini berkata, mereka akan memanggil Azam untuk mengesahkan kenyataan dibuatnya “dan juga mengumpul bukti berkaitan”.

Katanya, setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat perlu dibuat atas nama pemilik benefisial.

Katanya, akaun itu juga boleh dibuka atas nama “penama yang diberi kuasa”.

SC merujuk Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).-FMT

0 ulasan:

Catat Ulasan