
Susulan kenyataan pemimpin veteran Umno Tengku Razaliegh Hamzah Ahli yang mendakwa Pas macam pelacur, Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik menyifatkan pimpinan Umno itu sudah hilang kewarasan.Menurut Mokhtar, Tengku Razaliegh atau Ku Li menjadi tidak tahan dan hilang kewarasan apabila melihat perkembangan terbaru Pas Umno yang berikrar memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN)“Selama ini beliau masih mampu bersembunyi dalam Gua sambil melihat budak-budak Cybertrooper baling batu agar MN retak dan berkecai,” katanya di Facebook hari ini.Katanya, Ku Li yang layak dianggap negarawan kerana sumbangannya yang besar untuk Negara sepanjang penglibatan politiknya akhirnya melontarkan kata-kata yang sama dengan politikus murahan.Jelas beliau, kecenderungan Ku Li untuk melihat MN pecah dan mengeheret Umno bersama PH sangat ketara.“Saya yakin kecenderungan itu bukan sahaja ditolak oleh Ahli Pas namun turut ditolak oleh Ahli Umno yang kasihkan MN.“Saya fikir kalau Tan Sri Muhyiddin lantik beliau sebagai menteri kanan dalam Kerajaan mungkin nada beliau sedikit berbeza.“Kluster kecewa dalam politik wujud dimana-mana kalau hati tak betul-betul ikhlas,” kata beliau.Terdahulu, Ku Li melabelkan PAS sebagai “pelacur politik” yang perlu ditewaskan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight baru-baru ini, Ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal itu berkata tindak-tanduk PAS dalam pilihan raya kecil sebelum ini membuktikan parti itu tidak boleh dipercayai.Beliau berkata, Pas bukan rakan kongsi yang jujur kerana Pas tidak pernah mengundi Umno BN berdasarkan dua pilihan raya di Tanjung Piai dan di Semenyih.“PAS macam pelacur, sekejap (sokong) DAP, sekejap Semangat 46,” kata Ku Li.
-waklabufarm
Related Posts:
Umno ibarat gunting dalam lipatan, kata pemimpin Bersatu Johor “Umno, seperti gunting dalam lipatan,” Osman Sapian Wah semakin panas bila Osman Sapian yang merupakan bekas MB Johor mulai bersuara persoal keikhlasan Umno melalui kenyataannya hari ini terhadap Pengerusi Umno dan… Read More
Calon PKR.. Hans Di Ampang, Afdlin Di Wangsa Maju, Azwan Di Gombak?Pelakon Hans Isaac dikatakan telah diketengahkan namanya untuk bertanding di kawasan Parlimen Ampang, yang merupakan kubu kuat bekas ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Bagimanapun sebelum ini, Hans menafikan dakwaan nama bel… Read More
Apa rasional PN terima parti celupar seperti Gerakan Gerakan lebih ‘sesuai’ dengan DAP, nada dan agenda mereka sama BANGI, 30 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Tindakan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) jelas memb… Read More
Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit? Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menulis...Semalam buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mengulas mengenai perletakan jaw… Read More
Muhyiddin masih tak ada majoriti meski raih sokongan 2 lagi MP - PKR PKR mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin masih tidak mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen walaupun dua ahli parlimen daripada parti itu beralih sokongan dan menyokong kepimpinan Perikatan Nasional (PN).Dalam kenyataan … Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan