Rabu, 3 Mac 2021

Pejabat Mufti pandang serius kenyataan Sajat

 MUHAMMAD Sajjad Kamaruzzaman (Nur Sajat) semasa hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 Oktober 2019. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu keluar agama Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, kenyataan yang berbaur ancaman murtad itu dilihat boleh memberi kesan mendalam terhadap umat Islam negara ini.

“Kita memandang serius dan bimbang segelintir masyarakat berasa keliru dengan anggap perbuatan itu normal dan tidak menyalahi agama,” katanya melalui kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin warganet gempar apabila tular video pengakuan Nur Sajat menerusi media sosial seolah-olah mahu murtad.

Dia mendakwa kecewa apa yang berlaku kepada dirinya setelah Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenakan waran tangkap kerana tidak hadir kes hina Islam.

Ini disusuli tindakan Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara dekat sini namun gagal menemuinya dipercayai bersembunyi di lokasi lain.

Luqman berkata, kenyataan kontroversi yang dikeluarkan individu sedemikian dikhuatiri akan membuka kepada pintu-pintu keburukan lain dalam masyarakat.

-Utusan Online


0 ulasan:

Catat Ulasan