Khamis, 25 Mac 2021

'Ronaldo hanya pentingkan gol, rekod'

 Penyerang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo didakwa hanya pentingkan gol dan rekodnya sahaja hingga mendatangkan impak negatif buat pasukan. - AFP

Penyerang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo didakwa hanya pentingkan gol dan rekodnya sahaja hingga mendatangkan impak negatif buat pasukan. - AFP

LONDON: Pemain Itali, Antonio Cassano melancarkan satu lagi serangan terhadap Cristiano Ronaldo.

Bintang Juventus dan rakan sepasukannya itu berdepan musim yang sukar dengan penguasaan sembilan tahun mereka dalam Serie A tampak akan berakhir.

Kekalahan mengejut 1-0 di laman sendiri berdepan Benevento hujung minggu lalu meletakkan mereka 10 mata di belakang pendahulu liga, Inter Milan yang boleh memusnahkan harapan mereka merangkul gelaran.

Skuad Old Lady juga disingkirkan pada pusingan 16 Liga Juara-Juara di tangan Porto seterusnya menambah tekanan terhadap bos, Andrea Pirlo pada musim pertamanya mengendalikan kelab berkenaan.

Ronaldo, 36, sudah meledak 29 gol dalam semua kejohanan namun Cassano percaya kehadiran pemain itu memberikan impak negatif terhadap keseluruhan skuad.

Bekas pemain Real Madrid itu memberitahu Bobo TV: "Jika anda menjual Cristiano, ada €100 juta (RM489 juta) anda boleh belanjakan untuk mendapatkan beberapa pemain yang baik.

"Anda tidak boleh ada jurulatih yang mahu bermain bola sepak dengan Cristiano Ronaldo.

"Dia akan memberikan tekanan terhadap (Andrea) Pirlo. Cristiano hanya fikirkan mengenai gol dan rekodnya.

"Jika anda presiden dan anda mahu memulakan semula pasukan, anda tidak boleh memberikan tangggungjawab melatih seseorang seperti Ronaldo." - AGENSI

-BH Online

0 ulasan:

Catat Ulasan