
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan berlakunya pertembungan kerusi antara partinya dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Menteri Kanan Pertahanan itu berkata, pertembungan itu boleh berlaku memandangkan Umno dan Bersatu akan terpisah sejurus pembubaran Parlimen untuk PRU15.“Ya, boleh berlaku pertembungan. Tapi mungkin boleh ada rundingan yang mana kita tidak bersama dalam satu gabungan dengan Bersatu tapi kita cuba elakkan pertembungan PRU nanti, itu pun mungkin boleh.“Tapi apapun perkara ini masih terlalu awal,” katanya dipetik wawancara Mingguan Malaysia hari ini.Ahli Parlimen Bera tersebut menegaskan tiada masalah antara Umno dengan Muafakat Nasional (MN) setakat ini tetapi sudah diputuskan tiada kerjasama untuk pilihan raya dengan Bersatu.“Jadi, kemungkinan tiga penjuru itu ada,” katanya sambil menekankan rundingan sebagai penyelesaian untuk memastikan Umno-Bersatu tidak bertembung.Ismail turut memberitahu Perhimpunan Agung Umno (PAU) boleh membuat keputusan yang berbeza dengan Majlis Tertinggi (MT) kerana autoriti yang tertinggi dalam parti adalah PAU.“… walaupun ia boleh dirombak melalui PAU tapi MT itu biasanya kalau tiada PAU, MT lah yang buat keputusan,” tambahnya lagi.
-Malaysia Dateline
Related Posts:
Sifat “Ego” ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah? Tatkala semakin banyak negara menyaksikan kemunculan pemimpin-pemimpin muda menerajui negara masing-masing, di Malaysia pula barisan pemimpin muda masih belum menyerlah atau terus dibayangi pemimpin golongan veteran.San… Read More
PKR sukar kembali bersama Tun M FB Azizul Abd HamidIsunya kena faham, kenapa Anwar dan PKR tak akan terima Mahathir dan tidak akan sesekali buat hubungan dengan Mahathir dengan konco2 beliau lagi. Kerana pengkhianatan Mahathir terhadap PH, PKR dan Anw… Read More
MAHATHIR TERBUKTI SEMAKIN 'SAKIT'Walaupun Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad minggu lalu menegaskan, serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak membantu kepada apa jua usaha menjernihkan politik … Read More
Wawancara:Ulang konspirasi, khianat tak bolehlah, kata Anwar Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata dia sedia bekerjasama Dr Mahathir Mohamad pada 2016 dan melupakan perselisihan lama dengan bekas perdana menteri itu.Bagaimanapun kata Anwar dia terpaksa sekali lagi memilih jalan sen… Read More
UMNO serang UMNO, Kini UMNO tak serang DAP... Kenapa? Senior Editor November 22, 2020 17Islam mengajar kita untuk bersyukur. Sekiranya kita makan hanya sekali sehari, kita kena bersyukur sebab ramai yang tak makan langsung. Tetapi ramai orang Umno tak panda… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan