Seorang guru tadika dikecam netizen selepas videonya mencampakkan seorang anak murid tular di media sosial.
Berikutan itu, pihak tadika telah mengambil tindakan sewajarnya dan akan memberhentikan guru terbabit serta-merta.
Perkara itu dimaklumkan oleh bapa kepada salah seorang murid di tadika itu, sebentar tadi.
Pihak sekolah akan ambil tindakan sewajarnya dan guru itu akan diberhentikan serta merta selain laporan polis telah dibuat,” katanya.
Menurut satu laporan, selepas diserang oleh netizen dengan komen-komen kecaman, guru terbabit dikatakan tampil memohon maaf kepada ibu bapa murid tersebut dan juga kepada semua orang atas tindakannya itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan