Selasa, 16 Mac 2021

JKOM makin mengarut, kalau nak lepas diri, kami ampu PN bukan lawan, kata Najib

 

Najib Razak berkata propaganda JKOM ketika ini amat mudah dengan menyatakan Umno dipengaruhi kluster mahkamah seperti Ahmad Zahid Hamidi dan beliau semakin terdesak untuk menolak “penyatuan Ummah” dengan PPBM pada PRU15.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan propaganda Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) semakin “kreatif dan rancak” namun mengarut.

Dalam catatan di Facebooknya hari ini, Najib berkata propaganda JKOM ketika ini amat mudah dengan menyatakan Umno dipengaruhi kluster mahkamah seperti Ahmad Zahid Hamidi dan beliau semakin terdesak untuk menolak “penyatuan Ummah” dengan PPBM pada PRU15, untuk bekerjasama dengan PKR/DAP supaya boleh melepaskan diri daripada kes rasuah.

Bagaimanapun, katanya propaganda itu mengarut, kerana yang tidak menyokong kerjasama dengan PPBM pada PRU15 bukan saja mereka yang ada kes mahkamah, tapi termasuk Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, ketua Pemuda Umno serta hampir semua bahagian parti itu.

“Untuk melepaskan diri dari kes-kes mahkamah, cara terbaik adalah untuk ampu kerajaan PN – bukan lawan kerajaan PN.

“Jika tak percaya, sila tanya Ahli Parlimen PKR yang lompat ke PN beberapa hari lalu, tanya menteri kanan paling kanan yang kesnya tak HD, tanya Zahid Mat Arip yang sendiri mengaku dalam mahkamah telah terima duit rasuah dan tanya Tok Mat serta Mas Ermieyati yang juga menerima dana dari saya sebelum PRU14,” katanya.

Katanya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sudah membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP untuk PRU15 dan pendirian itu akan diulang pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), akhir bulan ini.

Katanya, jika mahu bekerjasama dengan DAP atau PKR sekalipun, ia memerlukan persetujuan bahagian Umno dan akar umbi.

“Dari dulu-dulu lagi dari masa kerajaan PH jatuh dan kerajaan PN ditubuhkan, Umno dan BN telah menyatakan pendirian bahawa kita hanya akan sokong kerajaan PN sehingga PRU15.

“Umno tak pernah bersetuju untuk menyertai PN. Kami hanya bersetuju dengan Muafakat Nasional sahaja,'”katanya,

Beliau secara peribadi juga tidak pernah meminta supaya kesnya digugurkan begitu sahaja seperti kes Lim Guan Eng.

“Saya akan dinafikan peluang untuk membersihkan nama saya dengan sepenuhnya dan akan perlu menghadapi propaganda pihak lawan ini buat selama-lamanya,” katanya.

Tetapi katanya, JKOM terpaksa berulang kali memainkan propaganda seperti itu melalui media sosial dan media dikawal kerajaan kerana amat sukar untuk menjawab yang disebutkan.

-Wak Labu Farm

Related Posts:

  • Tindakan Disiplin Terhadap Ku Li Wajar SHAH ALAM – Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan sidang akhbar bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menolak Belanjawan 2021 akan dibincangkan dalam mesyuarat… Read More
  • Dilema Mahathir Sejak dari awal saya mempunyai kesedaran politik atau sekurang-kurangnya memahami cara tanggapan politik di Malaysia, nama Mahathir Mohamad pasti akan muncul di setiap perbincangan atau pertelagahan tentang politik.Jika… Read More
  • PKR kecewa sekutu PH 'bermain mata' dengan Dr M, Shafie - sumber Seorang pemimpin kanan PKR menyatakan rasa kecewa dengan sikap beberapa pemimpin dalam kalangan sekutu Pakatan Harapan (PH) yang membelakangkan prinsip kerjasama gabungan pembangkang itu.Kekecewaan itu susulan kenyataan… Read More
  • Lulus Bajet:Penamat dalam usaha Anwar jadi PM? Penganalisis berkata, sokongan diraih Anwar Ibrahim terhad kepada 108 Ahli Parlimen yang mengundi untuk menolak Belanjawan 2021.PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik melihat Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat… Read More
  • Akar Umbi kononnya daripada Cawangan PAS Mana? Muka pun tak nampak Satu golongan yang dipercayai ditaja oleh golongan terpinggir daripada UMNO telah membuat kononnya bantahan untuk mendesak pucuk pimpinan parti supaya menolak kerjasama bersama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).Mer… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan