Dalam PRU14, kedua-dua perkara ini telah berjaya dimasukkan ke dalam Manifesto Pakatan Harapan sebagai Janji 17 yang berbunyi ‘Kerajaan Pakatan Harapan akan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun dan melaksanakan pendaftaran automatik’.
Pada 16 Julai 2019, Rang Undang-undang bernama Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang mengandungi kedua-dua perkara ini, selain penurunan had umur menjadi calon pilihan raya kepada 18 tahun, telah dibentangkan dan diluluskan dengan undian 211 Ahli Parlimen.
Kini, setelah Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, mengumumkan bahawa jangkaan pelaksanaannya berubah kepada ‘selepas 1 September 2022’ ekoran pelbagai kekangan dan isu yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan awal SPR, DAP segera terloncat.
Pemimpin DAP pertama yang terloncat adalah Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan, sendiri yang mencabar Menteri-menteri Kabinet dari Umno meletakkan jawatan ekoran penangguhan Undi18 ini melalui tweetnyapada 26 Mac 2021 yang berbunyi:
‘Geli betul tengok percubaan orang Umno nak Taichi isu Undi18 ini pada Menteri PAS sahaja. Umno dalam Kabinet ini apa? Tunggul kayu ke? Tak setuju Undi18 tangguh, resign la. Ini soal fundamental.’
Setelah cabaran ini tidak bersahut, DAP menggunakan pula pendekatan lain melalui gesaan Naib Pengerusinya, Teresa Kok, supaya Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul tergempar bagi memaksa Kerajaan Perikatan Nasional menarik balik penangguhan ini.
Desak Teresa Kok, pemimpin-pemimpin dan Menteri-menteri Kabinet dari Umno mesti memaksa penarikan balik penangguhan ini dengan memastikan usul tergempar itu diluluskan oleh Perhimpunan Agung Umno bagi menunjukkan kekuatannya dalam kerajaan.
Tulis Teresa Kok: ‘I now urge Umno to ensure they pass the emergency motion on the delay in allowing the 18-year-olds to vote in the GE, at the Umno General Assembly this weekend. This will send a clear message that Umno means business. Umno leaders and Cabinet ministers must mandate and force a reversal at the General Assembly by getting this motion adopted. Indeed, it will serve as a seminal test for Umno on its level of influence, in the policy and decision making in the PN coalition government.’
Kita lihat sahaja apakah pemimpin-pemimpin dan Menteri-menteri Kabinet dari Umno akan menelan umpan yang dipasang oleh pemimpin-pemimpin DAP ini sekali gus menjadikan mereka sebagai burung kakak tua yang hanya menyuarakan kembali suara orang lain?
Pautan yang berkenaan: https://www.facebook.com/TeresaKokSuhSim/posts/293917678769617
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 28/3/2021
0 ulasan:
Catat Ulasan