Khamis, 14 November 2024

SOAL JAWAB AGAMA: MASALAH WUDUK DAN GINCU

 MASALAH WUDUK DAN GINCU

SOALAN :

Jika seorang perempuan yang memakai gincu pada bibirnya kemudian apabila masuk waktu solat dia terus mengambil wuduk tanpa menanggalkan dulu gincu itu adakah sah wuduknya atau tidak?

JAWAPAN :

Setengah dari syarat sah wuduk ialah tidak ada sesuatu yang menghalang air basuhan kena ke atas anggota wuduk.

Dan adalah dua bibir itu ialah termasuk anggota muka yang zahir yang wajib sampai air ketika mengambil wuduk.

Oleh kerana itu jika ketika membasuh mukanya ada suatu yang menghalang dari air kena pada bibirnya seperti bedak atau lilin atau getah atau cat atau sisik ikan atau gincu maka basuhan tersebut adalah tidak sah dan jadilah wuduknya itu tidak sah.

Orang yang solat dengan keadaan air basuhan wuduk tidak kena pada sebahagian anggota wuduk yang wajib basuhnya nescaya solatnya itu tidak sah dan wajib atasnya mengulangi solat tersebut.

Telah diriwayatkan daripada Khalid bin Ma’dan daripada sebahagian sahabat Nabi sollallahu alaihi wasallam :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا يُصَلّي وَفِي ظَهْرِ قَدَمِهِ لُمْعَةٌ قَدْرُ الدِّرْهَمِ لَمْ يُصِبْهَا الْمَاءُ ، فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُعِيدَ الْوُضُوءَ وَالصَّلَاةَ

Artinya : “Sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam pernah ternampak seorang lelaki yang sedang solat dan pada belakang tumitnya ada sebesar syiling yang tidak kena air. Maka Nabi sollallahu alaihi wasallam menyuruhnya untuk mengulangi semula wuduk dan solatnya. (Hadith Abu Daud)

Telah berkata oleh Imam Nawawi :

إذا كان على بعض أعضائه شمع أو عجين أو حناء وأشباه ذلك فمنع وصول الماء إلى شيء من العضو لم تصح طهارته سواء أكثر ذلك أم قل

Artinya : “Apabila adalah di atas sebahagian anggota wuduknya lilin atau lemak atau pewarna atau yang seumpamanya maka jadi ia menghalang sampai air kepada suatu dari anggota wuduknya nescaya tidak sah bersucinya itu samada banyak yang menghalang itu atau sedikit.”(Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzab).

Dan tiada khilaf pada tidak sahnya wuduk yang tidak rata air pada anggotanya.

Berkata Imam Nawawi :

أَنَّ مَنْ تَرَكَ جُزْءًا يَسِيرًا مِمَّا يَجِب تَطْهِيره لَا تَصِحّ طَهَارَته، وَهَذَا متفق عليه. انتهى

Artinya : “Sungguhnya barangsiapa yang meninggalkan satu juzuk yang kecil dari anggota yang wajib dibasuhnya nescaya tidak sah bersucinya itu. Dan ini telah disepakati oleh ulamak atasnya.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Kesimpulannya orang perempuan yang mengambil wuduk tanpa menanggalkan terlebih dulu gincu pada bibirnya dan air basuhan wuduk tidak kena pada bibirnya kerana ditutupi oleh gincu nescaya wuduknya itu tidak sah dan solat yang dikerjakan dengannya itu juga tidak sah.

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Related Posts:

  • FIQAH PUASA: Sunat-Sunat Puasa (Bahagian 14) FIQAH PUASABahagian 14SUNAT-SUNAT PUASAMEMELIHARA LIDAH Disunatkan ke atas orang yang sedang berpuasa menahan lidahnya dari bercakap perkara yang sia-sia yang tidak ada dosa padanya.Ada pun menahan lidah dari berka… Read More
  • FIQAH PUASA:Yang Makruh Ketika Puasa (Bahagian 15) FIQAH PUASABahagian 15YANG MAKRUH KETIKA PUASATelah menyebut olih fuqahak akan beberapa perkara yang makruh dilakukan ketika sedang berpuasa yaitu :BERKUMUR KETERLALUAN KETIKA BERWUDUKالمبالغة في المضمضة والاستنشاقArtin… Read More
  • FIQAH PUASA:Sunat-Sunat Puasa - Makan Sahur(Bahagian 11) FIQAH PUASABahagian 11SUNAT-SUNAT PUASAMAKAN SAHURARTI SAHURPerkataan sahur السَّحُورُ  dengan fatah huruf sin artinya makanan yang dimakan pada waktu sahur dan dengan dhommah huruf sin artinya makan.Berkata Imam I… Read More
  • FIQAH PUASA:Sunat-Sunat Puasa FIQAH PUASABahagian 12SUNAT-SUNAT PUASASUNAT KETIKA BERBUKABERDOA Disunatkan berdoa ketika sedang ber[uasa dan ketika berbuka puasa dengan doa yang datang di dalam hadith-hadith atau doa yang bukan daripada doa Nab… Read More
  • FIQAH PUASA: Sunat-Sunat Puasa (Bahagian 13) FIQAH PUASABahagian 13SUNAT-SUNAT PUASAJAMU ORANG PUASA BERBUKADisunatkan bagi orang yang berpuasa menjamu orang lain yang berpuasa yakni membelanjakan hartanya supaya dijadikan sebagai makanan atau minuman kepada orang… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan