Saya tak terer bang..tapi saya try 😁
First time makan..first time buat..mmg sedap dumpling ni 🥟🥟 anak2 pun suka mkn..laku keras..sat je licin 😍😋👍
🥟DUMPLING AYAM & UDANG🥟
Kulit Dumpling (boleh beli yg ready made)
💛 2 cawan tepung gandum
💛 1/2 cawan tepung ubi kayu
💛 2 sudu besar minyak masak
💛 1 sudu teh garam halus
💛 1 cawan air panas
Inti Dumpling
🧡 1 cawan isi ayam
🧡 1/2 cawan isi udang
🧡 1 labu bawang besar -di cincang
🧡 1/2 batang carrot -di parut
🧡 1 batang daun bawang -di hiris
🧡 1 sudu teh serbuk lada putih Aji Shio
🧡 1 sudu besar sos tiram
🧡 1 sudu teh kicap manis
🧡 1 sudu teh minyak bijan
🧡 1 biji telur
🧡 2-3 sudu besar tepung jagung
🧡 1/2 sudu teh garam halus
🧡 1 sudu besar gula
Minyak Cili
❤️ 1/2 cawan minyak masak/jagung
❤️ 3 ulas bawang putih -di cincang
❤️ 1 inci halia -di cincang
❤️ 1 batang daun bawang (ambil bahagian putih saja) -di hiris
❤️ 1/4 cawan cili flakes
❤️ 1/4 cawan kicap manis
❤️ 1 sudu besar minyak bijan
❤️ 1 sudu teh gula
❤️ 1/2 sudu teh garam halus
❤️ 1 batang daun bawang (ambil yg hijau)-di hiris
❤️ 1/2 sudu teh bijan yg di sangai
Cara2 Membuatnya
👉 Kulit Dumpling 👉 Satukan tepung gandum, tepung ubi, minyak & garam. Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil kacau dengan sudu
👉 Kemudian, gaul dengan tangan & uli hingga menjadi doh. Tutup & rehatkan 30 minit
👉 Potong doh kecil2. Ambik satu & canai nipis. Tekap dgn acuan bulat. Tabur tepung di atas dulang supaya kulit tidak melekat. Ketepikan dulu
👉 Inti Dumpling 👉 Blend kering 2 keping dada ayam & 10-15 ekor udang hingga halus
👉 Satukan isi ayam & udang bersama bawang, carrot, daun bawang, serbuk lada putih, sos tiram, kicap, minyak bijan, tepung jagung, telur, garam & gula. Kacau sebati
👉 Ambil sekeping kulit, letak sedikit inti. Sapu air di tepinya & tutup. Kelim beberapa kali di tepinya & tekan kemas
👉 Didihkan air di dlm pengukus dulu. Sapu dulang dengan minyak supaya dumpling tidak melekat & kukus selama 15 minit dengan api sederhana
.
Kredit : Nor Al Fatihah
0 ulasan:
Catat Ulasan