Isnin, 11 April 2022

Jawatan Kosong: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

 


Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Unit Korporat dan Kualiti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bagi jawatan seperti berikut: 

Jawatan:

PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED FA29)

PEMBANTU TADBIR ( PERKERANIAN / OPERASI ) (GRED N19)

PEMBANTU OPERASI (GRED N11)

2. CARA MEMBUAT PERMOHONAN: 

(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang UKK.01 yang boleh diperolehi dari pejabat ini dengan mengambilnya sendiri di 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, 

Aras 3 Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, 

Kota Iskandar 79503, 

Iskandar Puteri 

pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di https://www.johor.gov.my/ 

(b) Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan dokumen-dokumen seperti berikut: 

(i) Sijil Kelahiran 

(ii) Kad Pengenalan 

(iii) Sijil Berhenti Sekolah 

(iv) Lain-lain Sijil/Diploma/Ijazah dan kelayakan yang berkaitan. 

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A / Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret / Peguam. 

Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan. 

(c) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A21 dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan yang kemas kini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. 

(d) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat : 

KETUA UNIT, 

UNIT KORPORAT DAN KUALITI, 

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR,

 ARAS 3, 

BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD, 

KOTA ISKANDAR, 

79503 ISKANDAR PUTERI, 

JOHOR 

3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN Sebelum atau pada 28 April 2022.

Untuk maklumat dan permohonan lengkap berkaitan iklan jawatan 


0 ulasan:

Catat Ulasan