Selasa, 12 April 2022

Koleksi Resepi :Rendang Ayam Pedas Perak

~Resepi Rendang Ayam Pedas Perak~



Bahan-Bahan ➡️

1) 1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)

2) 15 biji bawang merah (di racik halus)

3) 13 biji bawang kecil (di racik halus)

4) 5 biji bawang putih (di racik halus)

5) 12g kunyit hidup (di blender)

6) 80g halia tua (di racik halus)

7) 33g lengkuas (di blender)

😎 4 helai daun limau purut (racik halus)

9) 8 batang serai (racik halus)

10) Gula melaka secukup rasa

11) 4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yg di inginkan)

12) 2 helai daun kunyit (di racik halus)

13) 1kg santan

14) 90g kerisik

15) Garam secukup rasa


Cara-Caranya ➡️

1) Masukan ayam yg telah di cuci bersih ke dalam kuali.

2) Masukan semua sekali bahan yg di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia & serai yg di racik halus-halus. Masukan juga bahan yg di blender iaitu cili boh, lengkuas & kunyit hidup. Dan masukan ke semua santan. Masak dalam api yg sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakan hangit. Tutupkan kuali dgn penutup sesekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan yaa.

3) Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahan kan api guna api yg paling slow yaa dan masukan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yg di racik halus & kerisik tunggu lagi dlm 30 minit - 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2jam - 3jam bergantung kepada portion yg kita masak. Kalau nk bg berkuah sedikit jgn masak sampai kering sangat okee 😊.

4) Akhir sekali masuk daun kunyit yang di racik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan boleh di tutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula just tambah sedikit air, jgn guna minyak masak.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat :')

NOTA : Rendang yg bahannya di blender & di racik halus akan memberi kelainan dari segi taste / rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis. 


Kredit : Faidhatul Arfah Ahmad

#bestmalaysiafoodviral

Related Posts:

  • KOLEKSI RESEPI:Kuih/Biskut Semperit Red Velvet Viral Resipi Kuih/Biskut Semperit Red Velvet ViralBahan-bahan250g butter/ marjerin4 cawan tepung jagung2sudu besar tepung kastard2sudu teh pewarna merah1sudu teh cuka makan1sudu besar serbuk koko1cwn susu pekatCara buat sempe… Read More
  • Koleksi Resepi: Mee Kuah Kelantan Style 💜Mee kuah kelantan style💜Bahan²:🌶tulang/daging🌶mee kuning (cuci & toskan)🌶bawang merah*🌶bawang putih*🌶bawang besar (hiris)🌶halia*🌶lada hitam*🌶sawi, carrot, kobis🌶telur🌶tomatoCara²:🌰rebus tulang/daging s… Read More
  • Koleksi Resepi: Laksa Penang RESEPI LAKSA PENANGResepinya - serasa saya semua pandai masak laksa ni..Laksa beras atau laksa segerautk kuahnya - 7 orang makan4@5 ekor ikan kembung direbus dan diambil isi dan dikisar2 biji bawang besar atau 10 biji b… Read More
  • Koleksi Resepi: Laksa Johor RESEPI LAKSA JOHOR Bahan-bahannya :- 1 paket Spaghetti (direbus)BAHAN A :-5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)1 paket k… Read More
  • Koleksi Resepi: Laksa Terengganu 💜Laksa Terengganu💜☑2kg ikan sardin/kembong/selar (bukan ikan parang or ikan tenggiri). Paling sedap ikan sardin☑2kg santan☑1/4kg bawang merah☑5-6 ulas bawang putih☑2 inci halia☑1/2 - 1 sudu besar serbuk lada hitam☑1 a… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan