Selasa, 1 Februari 2022

Abang durjana rogol adik kandung sejak 2018 diberkas

 

Timbalan Ketua Polis Klang Selatan Rahmat Ariffin, berkata mangsa berusia 22 tahun mendakwa telah dirogol abangnya beberapa kali di kediaman mereka di Klang sejak Ogos 2018

PETALING JAYA: Seorang lelaki diberkas polis semalam, disyaki merogol adik perempuannya beberapa kali sejak 2018.

Timbalan Ketua Polis Klang Selatan Rahmat Ariffin, berkata mangsa berusia 22 tahun mendakwa dalam kejadian pada Ogos 2018, mangsa telah dirogol abangnya kira-kira jam 1 pagi, di kediaman mereka di Klang.

Katanya, mangsa juga mendakwa telah dirogol beberapa kali selepas kejadian itu.

“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan juga dikatakan telah memaklumkan kepada ibu dan ayahnya berkenaan kejadian itu, namun tidak dipercayai,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, bertindak hasil maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang diketuai Khairul Shahril, menahan suspek berusia 24 tahun, kira-kira jam 11 malam, semalam.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan direman sehingga 7 Feb untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.-FMT

0 ulasan:

Catat Ulasan