Tangkap layar kartun yang memaparkan jenaka troll bendera Perlis.
PETALING JAYA – Krisis pergolakan dua negara yang kini di ambang perang, Rusia dan Ukraine turut membawa ‘tempias’ kepada to negara kita.
Ini kerana rata-rata netizen menyamakan warna bendera negeri Perlis seakan negara Ukraine hanya berbeza pada kedudukan warnanya sahaja.
Meskipun ia sekadar ‘troll’ di laman sosial, namun, ia telah mendatangkan kemarahan serta kegusaran penduduk di negeri utara tanah air terbabit.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, kelihatan satu jenaka yang dilukis oleh seorang penggunan yang menyamakan bendera Perlis seperti negara Ukraine.
Menariknya, kartun berkenaan turut memaparkan beberapa watak dari negeri lain turut ‘mempersendakan’ bendera Perlis dan menamakan negeri itu sebagai Ukraine.
Bagaimanapun, kartun yang mewakili negeri Perlis tetap mempertahankan benderanya dan mengakui ‘dia’ adalah Perlis dan bukannya Ukraine.
Susulan perkongsian jenaka kartun itu, rata-rata penduduk Perlis mengecam pelukis terbabit yang sengaja menimbulkan kemarahan ‘orang Perlis’ di saat dua negara besar di ambang peperangan.
“Warna bendera je sama, tetapi kami bukan Ukraine, kami Perlis terkenal dengan harumanis bukan dengan negara perang,” Mad Tam.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang mempertahankan kartun berkenaan dan menganggapnya sebagai satu bahan jenaka di laman sosial.
Rileklah orang Perlis, itu jenaka sahaja, kamu tetap orang Malaysia, kami sayang kamu seperti negeri lain,” tulis Andika S.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Halim Tahu.
“Sabar orang Perlis, kalau kamu kena serang kami akan bantu kamu,” tulisnya.-KOSMO! ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan