PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada perancangan untuk memberikan dos keempat vaksin Covid-19 setakat ini.
“Tiada perancangan untuk dos keempat vaksin Covid-19 buat masa ini, KKM fokus pemberian dos penggalak,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kementerian Kesihatan menyasarkan suntikan penggalak kedua susulan penularan varian Omicron.
Helpdesk fizikal
Khairy berkata, Helpdesk secara fizikal akan diwujudkan untuk menyelesaikan masalah teknikal berkaitan aplikasi MySejahtera.
Katanya, Helpdesk itu akan mula beroperasi di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada 19 Feb dan PPV IDCC Shah Alam pada 26 Feb ini.
“Orang ramai yang ada masalah dengan sijil vaksin dan sebagainya boleh pergi ke helpdesk fizikal ini.”-FMT
0 ulasan:
Catat Ulasan