Rabu, 9 Februari 2022

PRN Johor: Mengundi 12 Mac, penamaan calon 26 Feb

 

Oleh SURI LAILA / February 9, 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan akan diadakan pada 26 Februari, manakala 8 Mac adalah hari pengundian awal.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN Johor hari ini.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN untuk diadakan.

PRN Johor juga merupakan pilihan raya pertama melibatkan pengundi berusia 18 tahun ke atas, juga pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.-wrlr

0 ulasan:

Catat Ulasan