Isnin, 21 September 2020

Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren

 


 KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan dipandunya dihempap besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24, Petaling Jaya, petang Sabtu.

 Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam kejadian pada 5.45 petang itu, mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

 "Ketika melalui tempat kejadian, tiba-tiba muatan besi menara kren dari sebuah treler jatuh menimpa kenderaan mangsa.

 "Akibat kejadian itu, bumbung, cermin hadapan dan beberapa bahagian lain kereta itu rosak namun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan. 

 Nik Ezanee berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bahagian hadapan treler yang membawa bahan muatan menara kren berkenaan tersangkut pada kabel telefon menyebabkan dua tiang telefon tumbang dan kabel telefon merentangi Jalan SS2/24.

 Menurutnya, mangsa telah membuat laporan polis manakala pemandu treler belum tampil membuat laporan setakat ini. 

 "Anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan awal kepada mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas yang pada ketika itu sesak teruk.

 "Kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 19 Kaedah Lalulintas 166/59 kerana muatan yang dibawa atas kenderaan jatuh dan mengakibatkan kemalangan," katanya. -- BERNAMA

Related Posts:

  • Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren  KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan dipandunya dihempap besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24, Petaling Jaya, petang Sabtu. Ketua Polis Daerah Pet… Read More
  • Ajal guru ditimpa pokok GURU lelaki berusia 50 tahun maut selepas dihempap sebatang pokok di kebunnya di Kampung Masjid Kuala Kuang, Kupang di Baling, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penye… Read More
  • Fedtri Yahya kemalangan, selesai jalani pembedahan  Fedtri Yahya selesai menjalani pembedahan akibat kemalangan malam tadi. - Foto Instagram Fedtri Yahya KUALA LUMPUR - Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya,39, selesai menjalani pembedahan akibat … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan