Rabu, 23 September 2020

BPN 2.0: Golongan B40 terima bantuan tambahan RM1,000

Tan Sri Muhyiddin Yassin

 Kuala Lumpur: Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

"Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40.

"Manakala kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300," katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin, hari ini.

Beliau berkata, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, golongan B40 yang menerima RM700 dan RM300 akan menerima bayaran ansuran pertama.

"Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini," katanya

-myMetro

Related Posts:

  • BPN 2.0 BUJANG:DAFTAR & PERMOHONAN BARU B40 & M40 Bagi memudahkan individu urusan BPN 2.0 BUJANG,berikut adalah maklumat berkaitan proses permohonan baru,semakan dan rayuan kategori bujang B40 & M40.Baca tentang 4 PERKARA ANDA PATUT  TAHU TENTANG BPN 2.0A… Read More
  • TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0 SIAPA YANG LAYAK BPN 2.0?Penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.Permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0.Permohonan baharu BPN&… Read More
  • CARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan dibayar pada bulan Oktober 2020. Persoalannya adakah perlu pemohon buat kemaskini dan bagaimanakah   CARA KEMASKINI BPN 2.0?Untuk permohonan baru, sila bac… Read More
  • SEMAKAN PEMBAYARAN BPN 2.0  Sebelum membuat SEMAKAN PEMBAYARAN BPN 2.0,pemohon perlu buat semakan status kelulusan BPN 2.0  terlebih dahulu.Kepada yang baru nak mohon BPN 2.0, Nak senang,tengok je TUTORIAL PERMOHONAN BPN 2.0Be… Read More
  • 4 PERKARA ANDA MESTI TAHU TENTANG BPN 2.0 Ramai yang ingin tahu, apakah isu yang penting patut anda tahu tentang BPN 2.0?Kami akan bincangkan beberapa isu tentang bagaimana jika Akaun Bank Salah,  Akaun Tidak Aktif ,Cara Tuntutan Tunai.Ini adalah contoh&nb… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan