Ahad, 6 September 2020

PRN Sabah: Menangkan calon mengisi makna kemerdekaan - Anwar


Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dalam suasana sambutan kemerdekaan Malaysia merupakan peluang bagi rakyat untuk melantik calon yang benar-benar mahu membebaskan negeri daripada penindasan dan korupsi, mengisi pemerintahan.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak ada guna Sabah merdeka dari penjajah tetapi tidak bebas sepenuhnya daripada manusia yang menindas dan merampas kekayaan negeri.

"Ini sebabnya kita capai kemerdekaan pada 30 Ogos, 16 September Sabah bersama Malaysia. Untuk kita nyahkan Inggeris.

"Mengapa Raja Brooke memerintah? Mat Salleh jadi Raja Sabah, Sarawak. Kita tolak Raja sebab apa? Kerana dia tidak wakili kita. Dia perintah sebagai penjajah dan penindas.

"Kita ganti dengan orang yang sama warna kulit dengan kita. Orang tempatan, tetapi kalau perangai mcama Raja Brooke apa guna?

"Kita hadapi Pilihan Raya Negeri pada hari merdeka, hari kebebasan. Kebebasan dari penindasan, dari kemiskinan, dari sikap pemerintah yang menindas hak kita.

"Jadi (mengundi dalam) PRN ini adalah untuk memaknai kemerdekaan," katanya dalam ucapan pelancaran jentera PRN KEADILAN Sabah di Sabah International Convention Centre, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar juga bertanya kepada hadirin untuk apakah perjuangan selama dua dekad? Bersusah payah berkempen, dipenjara, dibuang kerja dan sebagainya?

Semua itu, katanya, dilakukan oleh ahli dan pimpinan KEADILAN yang kental semangat untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat negeri.

"Kita berjuang selama dua dekad. Untuk apa kita berjuang?

"Buat apa susah payah sampai tengah malam jalan ke hulu kehilir. Kawasan bukan dekat, Kundasang, Keningau, Kota Belud, Kudat. Kawasan jauh, bertarung. Untuk apa kita berjuang?

"Kita berjuang untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua rakyat.

"Di negara ini kita berentap kerana beza agama, warna kulit. Sementara kita bangga dengan budaya Bugis, Kadazan, Murut, Suluk, kita juga adalah manusia dan mesti pertahankan karamah insaniah, ciri kemanusiaan itu. Tidak ada manusia yang mahu haknya dirampas.

"Tiada manusia, sama ada muslim atau Kristian atau Hindu yang mahu agama mereka dihina. Tiada manusia yang mahu kekayaan negara, balak, tanah dan khazanah negeri dirompak oleh segelintir orang.

"Kalau ada manusia yang sanggup diam dan cium tangan yang merompak, menang bangang habis-habisan," katanya disambut tepukan gemuruh.
 
Gimik pelancaran Jentera PRN Negeri yang dihadiri pimpinan KEADILAN seluruh Malaysia

Sementara itu, dalam ucapan pembukaan, Anwar memuji ahli-ahli KEADILAN Sabah yang dilihat lebih bersemangat selepas tragedi pengkhiantan di peringkat nasional pada Februari 2020 dan di peringkat negeri pada Julai lalu.

"Saya bersyukur kerana muncul semangat dan kekuatan baru dalam KEADILAN Sabah.

"Sebelum saya datang saya tinjau perkembangan, pimpinan pusat, ahli parlimen, MB, exco negeri turun bersama. MB Selangor Amiruddin, MB Negeri Sembilan Aminuddin telah pun turun ke gelanggang.

"Bila AMK lancar gerakan ada program di Sook, Kota Belud. Saya lihat sambutan rakyat kembali hangat untuk mempertahankan KEADILAN.

"Ini tidak mungkin berlaku hanya dengan tekanan pimpinan atau semata-mata kerana parti. Ia berlaku kerana kekuatan akar umbi dari Cabang dan Ranting, AMK dan Wanita Sabah," katanya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan