Jumaat, 18 September 2020

Kebocoran bawah enjin sebabkan karbon monoksida masuk ruang penumpang


Kebocoran bawah kenderaan boleh menyebabkan karbon monoksida memasuki ruang penumpang kenderaan. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Gas karbon monoksida boleh memasuki ruang penumpang kenderaan kerana keadaan kenderaan yang tidak sempurna seperti kebocoran di bahagian bawah enjin.

Lebih berbahaya apabila enjin dan pendingin hawa kenderaan dihidupkan ketika ia dalam keadaan statik, menyebabkan udara dalam ruang penumpang tercemar dengan gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan kematian.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof Dr Wong Shaw Voon, berkata kematian boleh berlaku apabila penumpang menghidu gas karbon monoksida yang melebihi tahap selamat dalam ruang sesebuah kenderaan.

Beliau yang juga Profesor Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, kehadiran gas karbon monoksida sukar dikesan kerana sifatnya yang tidak menghasilkan bau atau warna serta boleh menyebabkan mangsa pengsan jika terhidu dalam kuantiti yang banyak.

"Ketidaksempurnaan itu biasanya berlaku kepada kenderaan lama, tetapi tidak bermakna ia tidak boleh berlaku kepada kenderaan baharu. Ia bergantung sepenuhnya kepada penggunaan dan penyelenggaraan sesebuah kenderaan.

"Bagaimanapun, pencemaran akan berlaku lebih teruk jika kenderaan tidak sempurna ini dalam keadaan statik kerana pengudaraan tidak berlaku dengan baik. Gas ini boleh masuk ke dalam kenderaan melalui mana-mana kebocoran pada sistem ekzos.

"Apa-apa bahagian di bawah (lantai) kenderaan yang tidak dicat dengan baik dan mereput turut menyumbang kepada kejadian seperti ini," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.


Empat pelajar masing-masing tiga terkorban manakala satu lagi kritikal, dipercayai akibat terhidu gas karbon monoksida dalam kereta. - NSTP/Ihsan pembaca

Beliau mengulas kejadian membabitkan empat pelajar jurusan farmasi berusia 21 tahun, yang masing-masing tiga terkorban manakala satu lagi kritikal, dipercayai akibat terhidu gas karbon monoksida dalam kereta mereka di Pulau Pinang, awal pagi tadi.-BH Online

Related Posts:

  • Kejam:Bunuh isteri lepas 'selfie' Hakan (kiri) menolak isterinya Semra,dari tebing bukit-Foto AgensiAgensiAnkara: Seorang suami sanggup berswafoto sebelum menolak isterinya ke tebing bukit, sehingga maut.Lebih menyedihkan, perbuatan itu dilakukan lelaki… Read More
  • Kebocoran bawah enjin sebabkan karbon monoksida masuk ruang penumpangKebocoran bawah kenderaan boleh menyebabkan karbon monoksida memasuki ruang penumpang kenderaan. - Foto hiasanKUALA LUMPUR: Gas karbon monoksida boleh memasuki ruang penumpang kenderaan kerana keadaan kenderaan yang tidak sem… Read More
  • Awas! Karbon monoksida pembunuh senyap KUALA LUMPUR: Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia.Laman Facebook Public Health Malaysia (PHM)… Read More
  • Stres pembunuh dalam senyap GAMBAR hiasanKuala Lumpur: Menyebut perihal stres, tidak keterlaluan jika dikatakan ia sering kali menjadi punca utama kepada masalah kemerosotan hidup.Stres boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu dan membawa kepad… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan