Jumaat, 25 September 2020

Covid19:Keputusan terkini baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

 Keputusan terkini baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), 25 September 2020

1.   IMR telah menjalankan ujian penjujukan genom ke atas 32 virus COVID-19 yang telah dikesan hasil ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 bagi Kluster Benteng LD (23 virus), Kluster PUI Sivagangga (4 virus), Kluster Tawar (3 virus), Kluster Sungai (1 virus) dan Kluster Bukit Tiram (1 virus). Seperti disyaki terdapat mutasi jenis D614G yang telah dikesan kepada kesemua 32 virus COVID-19 ini.

2.   Kajian susulan juga dijalankan bagi mengkaji kaitan genetik antara virus-virus yang diasingkan ini dan membandingkan dengan virus yang dikesan sebelum ini pada Kluster PUI Sivagangga dan Kluster Tawar. Seperti disyaki juga, kesemua virus yang diasingkan bagi kluster-kluster di Kedah (Kluster PUI Sivagangga, Kluster Tawar dan Kluster Sungai) adalah saling berkait dan besar kemungkinan adalah berasal dari sumber virus yang sama.

3.   Kesemua 23 virus COVID-19 dari Kluster Benteng LD pula didapati saling menyerupai namun tidak berkait dengan virus COVID-19 yang dijumpai di Kedah, meskipun kesemuanya mempunyai mutasi D614G.

4.   Ujian-ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji lanjut kebarangkalian dan semakan dengan kumpulan keluarga virus COVID-19 (Phylogenetic tree).

5.   Pun begitu, ini bermakna masyarakat perlu lebih berwaspada dan lebih berhati-hati. Ini kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini didapati lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak. 

Oleh itu, masyarakat diingatkan agar mengamalkan sepenuhnya SOP yang ditetapkan iaitu: penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizers, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat. Dapatkan bantuan kesihatan sekiranya anda bergejala.


Terkini COVID-19; 25 Sept 2020

Jumlah discaj baru:30

Jumlah kumulatif:9696 (90.7%)

Jumlah kes baru;111

Jumlah kumulatif:10687

Jumlah kes aktif:858

Kes tempatan: 107(76WN, 31 BWN))

Kes import: 4(4 BWN)

Jumlah kematian:0

Jumlah kumulatif:133 (1.24%)

Kes di ICU:4

 intubated: 3

Sabah 97 kes antaranya 74 Kluster Bangau-bangau, 13 Kluster Benteng

Kedah 8 kes termasuk 7 Kluster Sungai dan Pahang 1 kes tempatan. 

Satu kluster import di Johor.

Sumber:MKN

0 ulasan:

Catat Ulasan