Jumaat, 18 September 2020

Syed Saddiq daftar Parti Muda Malaysia

Syed Saddiq bersama penyokongnya selepas mendaftar Muda Malaysia di Putrajaya. 

 PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat permohonan pendaftaran parti baharu Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia). 

 Menurutnya, parti itu bertulang belakangkan oleh 13 penaja. 

 "Struktur organisasi kita akan maklumkan kemudian tetapi kami mempunyai 13 penaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang," katanya ketika ditemui selepas selesai membuat permohonan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini sebentar tadi. 

 Beliau berkata, meskipun dikenali sebagai Muda Malaysia, parti itu membuka keahlian kepada semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum.

 "Muda Malaysia tidak boleh dilihat hanya pada faktor umur. 

Ia lebih kepada fahaman, ideologi, idealisme, dasar-dasar yang inklusif, itu yang paling penting," katanya. 

 Terdahulu, bekas Ketua Armada Bersatu itu tiba jam 10.30 pagi untuk menghantar borang permohonan kepada ROS.

  Kehadirannya turut ditemani oleh beberapa penyokongnya.

 Mengulas mengenai kelulusan pendaftaran Muda Malaysia, beliau berkata, ia terpulang kepada ROS.


 Ditanya mengenai penerimaan keahlian, Syed Saddiq berkata, pihaknya mendapat maklum balas menggalakkan. "Ramai yang mengatakan berminat untuk menyertai Muda Malaysia," katanya. 

 -SH Online

1 ulasan: