Jumaat, 18 September 2020

“Kafarah Dosa, Kasih Sayang Allah..” Fedtri Yahya Semakin Pulih, Kongsi Keadaan Terkini Wajah

Semalam, kita digemparkan dengan berita pengacara serta personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya telah terlibat dalam sebuah kemalangan namun tidak diperincikan maklumat mengenai insiden tersebut.
Berita yang diumumkan sendiri oleh isterinya, Nurul Anati di ruangan instagram milik Fedtri, semalam.


Hari ini, pengacara program Jejak Rasul itu telah berkongsi foto perkembangannya terkini yang dilihat semakin pulih di media sosial miliknya iaitu di Twitter dan Instagram.

 

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat serta pengikut tampil menitipkan doa agar Fedtri cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala. Turut mengucapkan takziah, bekas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

 

Dilaporkan Fedtri telah mengalami kecederaan parah di muka setelah terlibat dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti berbasikal baru-baru ini. 

 credit.beautifulnara

0 ulasan:

Catat Ulasan