Rabu, 16 September 2020
Home »
Al Fatihah
,
Artis
,
Covid19
,
Dari Seberang
,
Meninggal Dunia
» Ade Firman Hakim meninggal dunia akibat Covid-19
Ade Firman Hakim meninggal dunia akibat Covid-19
PELAKON popular Indonesia, Ade Firman Hakim, 32, meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan Covid-19, pada Isnin.
Menerusi laporan portal hiburan di Indonesia, adik kepada Firman, Dai Tirta, memaklumkan, abangnya itu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.20 petang semalam.
“Iya (meninggal) diduga Covid-19. Meninggal pukul 5.20 sebelum Maghrib,” katanya.
Allahyarham dikatakan tidak sihat sejak seminggu lalu dan dirawat di Hospital Tarakan, Jakarta Pusat.
“Minggu lalu keadaan kesihatannya tidak begitu baik, tetapi dia masih pegang telefon untuk menghubungi rakan-rakannya walaupun saya melarang.
“Bagaimanapun apabila melihat keadaanya semakin teruk, saya terus bawa ke hospital dan suspek Covid-19,” ujar Tirta lagi.
Difahamkan jenazah Allahyarham akan disempurnakan mengikut prosedur untuk pesakit Covid-19 dan dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tegal Alur, Kalideres, Jakarta Barat.
Allahyarham mula aktif dalam bidang seni pada tahun 2008 dan membintangi deretan filem seperti Soekarno: Indonesia Merdeka (2013), Guru Bangsa: Tjokroaminoto (2015), Kalam Kalam Langit (2016), Bid’ah Cinta (2017), 22 Menit (2018), Kelam (2019) dan lain-lain.
(FOTO: Instagram Ade Firman Hakim)
Related Posts:
'Mak cik petir' meninggal duniaNORYATI Taib. FOTO FB Faizul Hafiz HashimJohor Bahru: Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mak Cik Petir' menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul… Read More
Siasatan rapi punca kes kematian selepas disuntik vaksin BERNAMASeoul: Kerajaan Korea Selatan akan menjalankan siasatan rapi berhubung kematian lima rakyatnya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Perdana Menteri Chung Sye-kyun, pada Khamis.Beliau meminta masyarakat… Read More
Covid19:'Saya kehilangan mak, ayah, adik...' - Siti Nurul HawanaARWAH Amran (tiga dari kiri) dan Hasminah (tiga dari kanan) meninggal dunia Jumaat lalu. Manakala Arwah Luqman (dua dari kiri) meninggal dunia jam 6 pagi hari ini. Nurul (kiri).Kuala Lumpur: Potret bersama keluarga menyambut … Read More
Jenazah kru KRI Nanggala 402 akan dibawa ke SurabayaKAPAL peronda KRI Bontang (907) tiba di pangkalan tentera laut di Banyuwangi, Jawa Timur. FOTO AFPJakarta: Jenazah kru kapal selam Indonesia KRI Nanggala-402 akan dibawa ke Surabaya, Jawa Timur.Ketua Angkatan Laut Laksamana Y… Read More
BELASUNGKAWA: Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Zakaria - Mufti Perak Ke-8 ( 1939 - 2021 )Oleh : Tengku YusuffTan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Bin Tuan Guru Haji Zakaria dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak pada 31 Julai 1939. Ayahnya, Tuan Guru Haji Zakaria adalah ulama' terkena… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan