Sabtu, 2 Julai 2022

Warga emas ada 16 anak hidup sebatang kara

 

SITI ZAILAH (kanan) sempat berbual dengan seorang lelaki warga emas yang mempunyai 16 orang anak tetapi terpaksa tinggal berseorangan di salah sebuah penempatan di Seremban kelmarin.

REMBAU – Tiada siapa me­nyangka seorang lelaki warga emas yang mempunyai 16 orang anak kini terpaksa hidup bersendirian di sebuah rumah daif di Seremban.

Situasi menyayat hati itu disaksikan sendiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff dan sekumpulan pegawai kementerian yang melakukan program turun padang untuk menyantuni masyarakat setempat kelmarin.

Menurut Siti Zailah, pihaknya baharu sahaja menyantuni warga emas berusia lingkungan 70-an itu yang tinggal bersendirian di sebuah penempatan di Seremban.

Katanya, warga emas ber­kenaan mempunyai 16 orang anak hasil empat perkahwinan dan ada antaranya menjawat jawatan sebagai penjawat awam.

“Anak 16 orang, keadaan rumah yang sangat daif, agak tak selesa.

“Lebih 30 sukarelawan termasuk kakitangan agensi kerajaan serta pihak berkuasa datang mencuci rumahnya.

“Walau siapapun bapa kita, dia bapa kita. Tiada orang lain boleh ganti bapa kita. Saya sa­ngat tersentuh hati apabila dia ada 16 orang anak, tetapi terpaksa mengharapkan jiran dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika ditemui sempena Program Jelajah Skuad Waja Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Batang Nyamor di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Siti Zailah mengharapkan agar anak-anak di luar sana dapat menghargai dan bertanggungjawab kepada orang tua masing-masing.

“Macam warga emas ini, anak-anaknya ada datang, namun ha­nya sampai di pintu rumah sahaja dan tidak masuk ke dalam. JKM dah bantu melalui elaun warga emas sejak tahun 2017 lagi.

“Ini antara beberapa kes yang kita santuni bersama Skuad Waja dan kita ada lebih kurang 320,000 ahli Skuad Waja yang bersedia bergerak secara sukarela membantu golongan memerlukan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Related Posts:

  • Kisah Benar:Apabila Umur Kita Panjang..... Apabila Umur Kita Panjang.Saya menulis berdasarkan pemerhatian terhadap pak dalam melalui sisa-sisa hidup yang masih ada.1. Kesunyian Perkara ini yang paling serius. Biasanya apabila umur kita terlalu panjang, kita… Read More
  • Pesara rugi lebih RM4.3 juta angkara 'love scam' Gambar hiasanKuantan: Pesara kerajaan rugi lebih RM4.3 juta akibat terpedaya dengan sindiket 'love scam' selepas berkenalan dengan lelaki yang kononnya warga Amerika Syarikat (AS) di Facebook, Jun tahun lalu.Ketua Polis… Read More
  • Warga emas ada 16 anak hidup sebatang kara SITI ZAILAH (kanan) sempat berbual dengan seorang lelaki warga emas yang mempunyai 16 orang anak tetapi terpaksa tinggal berseorangan di salah sebuah penempatan di Seremban kelmarin.REMBAU – Tiada siapa me­nyangka seora… Read More
  • Al Fatihah:`Perginya’ wanita tertua di Malaysia WANITA tertua di negara ini, Safiah Ujang berusia 128 tahun meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Seberang, Batu Hampar, Rembau, hari ini.Safiah yang dilahirkan pada 11 Februari 1889 menghembuskan n… Read More
  • Tetap 'kemaruk' walau mati pucuk langgan pelacur  PREMIS dipercayai beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga jam 10 malam.Kuala Lumpur: Polis menggempur premis di lubuk pelacuran tertua di ibu negara yang masih beroperasi sehingga kini dan turut menjadi tu… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan