Khamis, 28 Julai 2022

Lebih 1.2 juta warga China tidak keluar dari Malaysia

 

Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

Kenyataan itu adalah jawapan bertulis KDN kepada soalan Datuk Shabudin Yahaya (BERSATU-Tasek Gelugor), yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia di antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.

Mengulas lanjut, KDN memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan, seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.

-BH Online 

0 ulasan:

Catat Ulasan