Sedar sering ‘dikenenkan’ dengan beberapa orang artis, pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu memohon agar diberikan ruang bagi menjalani kehidupan dengan tenang.
Menurut laporan Kosmo! Online, pelawak berusia 38 tahun itu juga percaya bahawa orang ramai pasti sudah bosan apabila mengaitkan soal jodoh dengan dirinya.
“Tak rimas tapi kalau boleh berilah sedikit ruang untuk saya menjalani kehidupan dengan tenang, sebab ini bukanlah satu perkara yang mudah.
“10 bulan Sarah dah tinggalkan saya dan anak-anak. Satu rasa yang cukup luar biasa sebenarnya. Kadang-kadang sampai tak tahu bagaimana nak terjemahkan.
“Tak pernah satu hari berlalu saya tak teringatkan tentang Sarah. Susahnya nak menjalani kehidupan pun dah satu tekanan buat saya,” katanya.
Usahawan minuman BubbleBee itu berkata, dia mengakui tertekan apabila terdapat pihak terutama netizen cuba menentukan jodohnya tetapi tetap mengharapkan doa yang baik-baik.
“Saya berterima kasih apabila orang ambil berat pasal saya tetapi kadang-kadang pasal jodoh, bercinta dan berkawan dengan siapa membuatkan saya tertekan.
“Mengapa tidak doakan saya dan anak-anak yang terbaik. Insya-Allah, doa-doa kalian semua saya akan balikkan.
“Saya nak semua orang bahagia dan teruskan doa yang terbaik tapi jangan terlalu menekan cuba nak jodohkan dengan itu, dengan ini.
“Anak saya semakin membesar dan mereka dah boleh membaca. Saya tak nak komen yang bukan-bukan dalam media sosial memberi kesan kepada emosi dan pemikiran mereka,” ujarnya.
Selepas Siti Nordiana, Shuib dikatakan mendapat ‘restu’ orang ramai selepas sering memuat naik video bersama pelakon Zara Zya dipercayai atas dasar perniagaan sejak kebelakangan ini.
-ohmymedia.cc
0 ulasan:
Catat Ulasan