SETIAP kali berlaku bencana, tuduhan liar akan terus muncul. Muncul daripada orang yang malas menyemak fakta atau berniat jahat.
Wartawan Sinar Harian, Roslinda Hashim pada 8 April 2021 telah menulis satu kronologi dalam laporan berita bertajuk ‘Kaji Semula Projek Musang King’.
Berikut adalah kronologi yang ditulis. Sesiapa yang membaca kronologi secara adil maka pasti nampak siapa ‘dalang’ dan siapa penyelamat sebenarnya.
Kronologi
21 November 2018 – Kerja-kerja membuat teres di Gunung Inas giat dijalankan. Antaranya dibina rumah pekerja, sistem kumbahan yang terus disalurkan ke sungai yang menjadi bekalan air bersih 17 kampung melibatkan 21,000 penduduk. Terdapat kesan minyak mengalir ke dalam sungai serta sisa plastik tidak diurus secara sistematik.
27 November 2018 – Laporan rasmi ke Jabatan Alam Sekitar susulan banjir lumpur dibuat oleh penduduk kampung dan Peka Kedah.
3 Januari 2019 – Penduduk terlibat dalam pembinaan empangan air di kompartmen 8 Gunung Inas mahu sumber minuman utama itu diselamatkan daripada pencemaran pembalakan dan projek Musang King. Exco Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Asas Tani Kedah, Azman Nasrudin memberitahu kerajaan telah arahkan pemaju perbaiki semula empangan air masyarakat yang terjejas.
31 Ogos 2019 – Kira-kira 200 penduduk Kampung Sineyek, Baling menerima kesan buruk akibat projek Musang King di Gunung Inas. Kerja-kerja penarahan bukit dan penebangan pokok menyebabkan banjir dari tapak projek membawa hakisan pasir dan lumpur ke kawasan penduduk setiap kali hujan lebat.
4 September 2019 – Kampung Sineyek terus dilanda banjir lumpur dan pasir dari Gunung Inas yang didakwa berpunca daripada projek tanaman Musang King.
8 Jun 2020 – Lebih 750 keluarga di sembilan kampung dalam Mukim Kupang terdedah pencemaran air tidak bersih dipercayai berpunca dari projek Musang King dan pengambilan kayu balak di Kompartment 8, Hutan Simpan Gunung Inas. Antara kampung terjejas adalah Kampung Iboi, Masjid Iboi, Padang Empang, Kubang Katak, Bukit Kawi, Iboi Sekolah, Lata Celak, Bok Bak dan Bukit Iboi.
Julai 2020 – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengarahkan hentikan tanaman Durian Musang King dan kembali kepada tanaman dibenarkan untuk ladang hutan ganti tanah diluluskan.
Sepanjang kronologi yang disusun oleh Wartawan Sinar Harian ini mendedahkan kita mengenai pertanggungjawaban yang diambil oleh pemimpin-pemimpin yang berada di tampuk kuasa untuk negeri Kedah.

Kehadiran YAB Menteri Besar Kedah yang baru Dato’ Seri Muhammad Sanusi sebenarnya adalah untuk memperbaiki keadaan yang telah dikusutkan berkaitan polemik penanaman Musang King di kawasan Gunung Inas berdekatan hulu Sungai Kupang.
Pada Julai tahun 2020 yang lalu, sebulan selepas mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH), sempena Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan di Baling, Dato’ Seri Muhammad Sanusi telah mengarahkan projek tanaman durian yang didakwa menyebabkan banjir itu dihentikan.
Ini bermakna jika tidak berlaku perubahan kerajaan maka Projek Ladang Durian Musang King (LDMK) itu akan tetap diteruskan oleh kepimpinan Mantan Menteri Besar Kedah, Dato’ Mukhriz Mahathir.
Sewaktu Dato’ Seri Muhammad Sanusi mengarahkan pemberhentian Projek LDMK tersebut, 2,000 ekar telah ditanam. Ini bermakna betapa kuatkannya kedudukan syarikat pengusaha ladang ini ketika era PH memerintah. Keluh kesah rakyat di sana seperti tak dihiraukan.
Jika kerajaan tersebut terus bertahan, entah berapa ekar lagi tanah habis untuk Durian Musang King. Namun kini, tiba-tiba hari ada komen-komen liar daripada penyokong PH menyalahkan Menteri Besar Kedah sekarang.
Bagaikan mabuk ketum dibuatnya. Setelah puas buang najis bertaburan di tengah jalan, akhirnya orang yang tolong cuci pula dipersalahkan. Sungguh pelik bin ajaib!
Sewajarnya pada waktu ini, bukan masanya bagi penyokong PH untuk membuat komen liar sebegini mempersalahkan kepimpinan Menteri Besar Kedah sekarang.
Ketika mana Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi dan tim beliau sedang kalut menyantuni mangsa-mangsa terjejas di Kampung Iboi, sebahagian penyokong PH pula memilih untuk buat kerja fitnah kotor.

Ketika mana seluruh tim ejensi Kerajaan Negeri Kedah dan Persekutuan dikerahkan membantu ketika bencana yang berlaku, ada pula pihak sibuk menangguk modal basi yang akhirnya makan diri.
Tak cukup dengan itu, seluruh jentera PAS, NGO dan ejensi bawah PAS seperti Jabatan Amal Malaysia juga telah bertungkus lumus di lapangan melakukan operasi cuci rumah, dapur rakyat memberi makan mangsa serta petugas sukarelawan dan sebagainya.
Cukuplah itu. Kalau tak mahu membantu pun, hentikan fitnah dan tuduhan liar yang tak bertanggungjawab tersebut. Rakyat di bawah akan terus menilai…
ZIKRULLAH ISMAIL
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 6/7/2022

0 ulasan:
Catat Ulasan