Khamis, 28 Julai 2022

CUEPACS akan piket jika gaji penjawat awam tak naik sebelum PRU

 Foto hiasan.

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat

"Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam," katanya seperti dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today.

Adnan berkata, perhimpunan itu juga akan menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

Minggu lalu, CUEPACS menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Adnan berkata, cadangan lain termasuk:

• pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan awam;

 . dua kenaikan setiap tahun;

• sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil dan saksama;

• elaun pelbagai tugas;

• elaun batik dan pakaian kebangsaan;

• mengisi kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan segera;

• tiada pelupusan jawatan yang tidak diisi selama dua tahun seperti yang terkandung dalam pekeliling Perbendaharaan baru-baru ini sebagai langkah penjimatan kos; dan

• menamakan semula jawatan pembantu tadbir kepada pegawai perkeranian, seperti sebelum ini.

Beliau berkata, struktur gaji semasa penjawat awam sudah dilaksanakan sejak 2002 dan wajar dikaji semula bagi memastikan ia relevan dengan zaman semasa.

-BH Online 

0 ulasan:

Catat Ulasan