Isnin, 5 Oktober 2020

Menteri agama positif Covid-19 lepas pulang dari Sabah

 MENTERI Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah lapor Malaysia Dateline yang memetik sumber dalaman yang telah mengesahkan perkara itu.


Zulkifli Al Bakri FOTO

Menurut portal itu yang memetik sumber yang sama, ketika ini semua kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi selepas Menteri hadir ke program tersebut sejurus pulang dari Sabah.

Zulkifli berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September lalu.

Senator itu juga dikatakan tidak berapa sihat sejak hari Sabtu pada 3 Oktober, namun beliau masih menghadiri beberapa program yang dianjurkan.

Semalam, Zufkifli telah memberikan bantuan kepada mahasiswa UiTM Shah Alam sebelum berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa.

Di Twitter netizen mula mempersoalkan tindakan Menteri Agama yang tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah.


"Menteri Agama pun tak ambil inisiatif kuarantin 14 hari lepas balik Sabah? Pegawai Menteri tak nasihat Menteri ke?," tulis akaun Konfem Sahih.

Sumber — https://www.milosuam.net

0 ulasan:

Catat Ulasan