Khamis, 15 Oktober 2020

Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu

PERTEMUAN dengan YDP Agong ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang. 

 "Ia (perbincangan dengan Agong) termasuk perbincangan tentang cadangan sebuah kerajaan baru," katanya.
Tengku Razaleigh 

Veteran Umno itu dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai pihak 'bebas' bagi membantu menyelesaikan konflik politik terkini negara. 

Tengku Razaleigh memberitahu Agong bahawa beliau sanggup berkorban untuk membantu negara menyelesaikan perbalahan politik.

 Difahamkan Ahli Parlimen Gua Musang itu yang popular dengan nama "Ku Li" menyampaikan perkara itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah lapor The Vibe.

 Pihak istana telah menjemput Tengku Razali pada jam 2 petang di istana negara semalam selepas presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu menghadap baginda pada 11.00 pagi. 

 Ku Li, dikatakan terganggu dengan rungutan dalam UMNO kerana beliau tidak memaklumkan kepada parti berhubung pertemuan dengan Agong, susulan dakwaan Anwar yang mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen sekaligus menjatuhkan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

 Kata pembantunya, pertemuan Tengku Razaleigh dibuat atas kapasiti peribadi dan bukanlah mewakili Umno secara rasmi. 

 Bagaimanapun, Razaleigh tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sementara, dan sanggup untuk membantu negara dengan cara lain jika diperlukan. 

 Tambahnya lagi, cadangan untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan tidak boleh diabaikan, terutama apabila pilihanraya umum segera bukanlah satu langkah bijak ketika negara berdepan wabak Covid-19 selain ia menelan kos yang besar.

 "Ku Li telah memberitahu istana bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam situasi politik terkini namun sanggup untuk 'berkorban' sekiranya ada keperluan untuk mengatasi konflik politik masa kini," kata pembantunya itu. 

 Pandangan Razaleigh diperlukan disebabkan pengalaman yang luas sebagai seorang negarawan katanya. 

Beliau merupakan Ahli parlimen yang berkhidmat paling lama di dunia, sejak 1974 di antara ahli politik senior paling aktif selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 95. 

 Tengku Razaleigh juga pernah berkhidmat sebagai seorang Menteri Persekutuan dari tahun 1976 sehingga 1987 dan beliau juga merupakan pengasas Petronas. 

 Sumber — The Vibe 

 credit — https://www.milosuam.net

0 ulasan:

Catat Ulasan