Khamis, 15 Oktober 2020

Tengku Razaleigh dedah Muhyiddin tawar jawatan Penasihat Petronas

DALAM sepucuk surat yang dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa Perdana Menteri telah menawarkan kepadanya jawatan Penasihat Petronas.


Namun beliau telah menolak tawaran itu kerana menolak 'sogokan politik' sambil merujuk Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin Tawar Jawatan Pengerusi Petronas

"Untuk makluman, Perdana Menteri telah menawar jawatan Penasihat Petronas kepada saya, yang pernah ditawar kepada bekas Perdana Menteri, tetapi saya menolak tawaran tersebut."


"Saya menolaknya kerana prihatin terhadap Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan "Hilang kelayakan menjadi ahli parlimen" sekiranya "dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan." Bahagian kecil [sub section] ini bertujuan mencegah ahli-ahli Dewan Rakyat daripada menyokong atau pun mengundi demi menyokong kerajaan bagi maksud 'penyerakan politik' tulisnya.

Tengku Razaleigh turut berkongsi surat berkenaan menerusi akaun Twitter miliknya.

Sumber — Twitter

Surat yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat itu bertujuan untuk mendesak bagi diadakan satu usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedudukan sokongan Muhyidin Yassin sebagai perdana menteri di Dewan Rakyat hanya mempunyai kelebihan sebanyak 2 (DUA) undi sahaja. 

Jika usul undi tidak percaya ini ditafsirkan sebagai penarikan sokongan, maka secara jelas sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri hanya tinggal majoriti 1(satu) kerusi sahaja.

Usul Tidak Percaya

Usul Tidak Percaya

Usul Tidak Percaya kepada PM


Sumber — https://www.milosuam.net

0 ulasan:

Catat Ulasan