Jumaat, 23 Oktober 2020

Hishammuddin Tun Hussein Dilantik Bendahari Agung BN

 

Kuala Lumpur: Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan berkata, rombakan kecil itu dibuat mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan organisasi BN.

Katanya, Hishammuddin menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, manakala Ahli Parlimen Putrajaya itu akan terus kekal menjalankan tugas sebagai Bendahari UMNO.

"BN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tengku Adnan atas segala jasa dan peranan beliau selaku Bendahari Agung BN.

"Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Hishammuddin. Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya," katanya.



0 ulasan:

Catat Ulasan