Jumaat, 23 Oktober 2020

Goldman Sachs Malaysia Mengaku Bersalah Atas Pertuduhan Kes Rasuah 1MDB


Sebuah berita yang menggemparkan khususnya buat rakyat Malaysia apabila Goldman Sachs Malaysia dikaitkan dengan isu rasuah melibatkan syarikat yang penuh dengan kontroversi iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi laporan terbaru daripada Reuters, Goldman Sachs Malaysia telah mengaku bersalah terhadap konspirasi untuk melanggar undang-undang Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (Foreign Corrupt Practices Act) di Amerika Syarikat dalam skandal kewangan 1MDB.

5f8ebe609e9fe4001900a43f

SUMBER: BUSINESS INSIDER

Mahkamah Brooklyn, New York turut memaklumkan syarikat induk terbabit tidak akan disabit kesalahan sebaliknya hanya unit Goldman Sachs di Malaysia sahaja yang terlibat.

Difahamkan jumlah sebanyak $2.8 bilion (~RM11.6 bilion) telah dipersetujui Goldman Sachs Malaysia untuk dibayar kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan pengawal selia global yang lain bagi menyelesaikan pertuduhan 1MDB.

A man walks past a 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) billboard at the funds flagship Tun Razak Exchange development in Kuala Lumpur

SUMBER: NIKKEI ASIAN REVIEW

Menurut Alixandra Smith selaku pendakwa raya, sabitan ini akan menjadi hukuman terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat selepas disahkan Goldman Sachs Malaysia melanggar Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing.

Kegiatan yang berlaku pada tahun 2009 sehingga 2014 ini telah melihatkan Goldman Sachs Malaysia melanggar perundangan rasuah dengan perlaksaan pecah amanah serta membayar rasuah kepada pegawai luar bagi mengaburi operasi syarikat ini.

-thevocket.com

0 ulasan:

Catat Ulasan