Rabu, 9 September 2020

PH SIMPATI NASIB PEMUZIK KELAB MALAM - YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Di mata kita orang melayu Islam yang sensitif, mesti bengang dengan kenyataan ini.

✳HANIPA DAN PUB

Ceritanya, Hanipa respon kepada kenyataan PM yang masih tidak mahu membenarkan pembukaan semula kelab malam. Alasannya isu penjarakan fizikal yang sukar untuk berlaku ketika sesi tunjuk langit. Ye lah. Kalau tak ada sentuh-sentuh, raba-raba, peluk-peluk mana nak syok clubbing.

Keprihatinan Hanipa dari sudut kebajikan pemuzik di pub. Namun bila pub tutup, bukan sahaja pemuzik, semua pekerja-pekerja di kelab malam itu terkesan sekali. Bartender, GRO, pemuzik, bouncer, semualah.

Saya tak nak bincang lebih tentang industri pub. Semua dah sedia maklum. Juga tak nak sentuh pasal penjarakan fizikal. Budak sekolah pun faham. 

Kalau nak cerita kebajikan pekerja, industri pelancongan, pergudangan (warehousing) dan perdagangan borong (wholesale trade) juga terkesan. Sebab itulah adalah bantuan PENJANA, PRIHATIN, Morotarium dan sebagainya. Dapatlah pekerja industri ini cari kerja lain. Bakat dan pengalaman mereka bukan hanya laku di kelab malam sahaja.

✳MELAYU LIBERAL DAN BANGSAR BUBBLE

Tapi benda utama saya nak ceritakan, bagaimana PH manfaatkan segmen-segmen masyarakat untuk meraih sokongan. Mereka masih yakin, taktik PRU14 dahulu masih boleh digunakan untuk PRU15 ini.

Mereka tahu orang melayu Islam majoritinya tak sukakan kelab malam. Kenyataan ini sudah tentu akan menyebabkan golongan di atas makin tak suka PH.

Tapi mereka tak peduli majoriti ini. Mereka target segmen liberal yang minoriti. Tentu mereka ada data berapa peratus muslim liberal sekarang. 

Daripada kenyataan ini dan beberapa kenyataan pimpinan muslim dalam PH yang lain, saya syak jumlah mereka bertambah sekarang. Sebab program untuk menangani penularan liberalisme di peringkat autoriti masih tak nampak. 

Anak muda melayu makin ramai yang berfikiran liberal sekarang. Tengoklah di Twitter. Digelar golongan woke atau Bangsar Bubble. Maknanya sistem pendidikan di peringkat sekolah tak mampu lawan liberalisme.

✳BIG DATA DAN PELURU TABUR

Inilah seni politik yang kena ada pada parti politik sekarang. Kenal pasti target, dan gunakan peluru tepat ke target tersebut. 

Zaman sekarang dah tak sesuai pakai peluru tabur.

Dengan kemahiran Big Data, kita dah boleh baca trend semasa. Kita boleh tengok golongan mana yang kita nak target. Kita boleh sukat juga keberkesanan kempen di alam maya.

Target PH nampaknya masih sama. Bukan melayu, melayu liberal dan anak muda. Untuk kekal memerintah, kita juga perlu target segmen ini dalam peratusan yang signifikan.

Big Data juga boleh analisa sensitiviti segmen ini. Mereka akan luah apa sahaja tak puas hati di media sosial. Memudahkan kita kenalpasti do and dont untuk dekati mereka. Walaupun woke, hakikatnya tisu juga.

✳LIM GUAN ENG DAN ISU INTEGRITI

Mutakhir ini PH mula hilang sokongan bukan melayu dan liberalis. Laporan PRK Slim menunjukkan sedemikian. Mungkin kerana isu integriti Lim Guan Eng.

Mungkin PH dah tahu awal trend semasa. Mereka awal-awal tak letak calon.

Liberalis dan etnik Cina memang pantang bab integriti ni. Sebab itulah mereka hilang sokongan kepada BN sejak milenial ini. 1MDB adalah isu utama yang menewaskan BN PRU14 lalu.

Jadi untuk kekang PH, perlu terus dedahkan isu integriti PH terutama masa mereka jadi kerajaan dahulu. Juga isu di negeri yang masih dikuasai PH seperti Penang dan Selangor.

Kalau dulu pengundi Cina akan ikut NGO-NGO mereka lebih daripada kesetiaan kepada parti, pengundi muda Cina sekarang nampaknya sudah berubah. Mereka pun woke. Tak mudah diperdaya orang-orang tua mereka.

✳PEJUANG, PAM: THIRD FORCE

Tapi kena beringat juga. Kerajaan PN pun kena jaga integriti dan pulihkan ekonomi. Kalau ada isu juga, boleh jadi parti pilihan ketiga (third force) macam PEJUANG dan PAM pula yang akan curi undi.

Walaupun kita tahu akhirnya parti-parti ini akan berkolaborasi dengan PH juga akhirnya, tapi majoriti rakyat Malaysia terlalu naif untuk memahami perkara ini. Soal mereka tertipu lepas pilihanraya,  tiada siapa akan peduli. Inilah lompang demokrasi yang kena mesti akui.

✳ENJOY BOLEH, MANDI TAK BOLEH

Cuma nak pesan kepada budak-budak Twitter dan Bangsar Bubble ni, cukup-cukuplah terpedaya dengan PH lagi. Kononnya mereka pedulikan kita yang sukakan hiburan ni, tapi sebenarnya mereka nak undi sahaja. Bila memerintah, mereka lebih fokus untuk kayakan kroni juga.

Kata nak turunkan harga petrol. Kata nak hapuskan hutang PTPTN. Kata nak tayang Piala Dunia live percuma. Kata nak angkat gaji minimum jadi RM1500. Sudahnya ke mana janji ni semua? 

Duit hasil jual aset-aset negara pergi ke mana? Duit pinjam bon samurai bon ninja apa semua tu buat apa?

Air tak ada hari tu di Lembah Klang pun sebab mereka, kerajaan PH Selangor. Pencemaran kilang, pengurusan bekalan. Isu air ini sejak PH/PR ambil alih Selangor 2008 dulu, masih tak selesai. 

Berbaloikah dapat berhibur di sampai pagi, tapi nak mandi pun tak ada air? 

Takut negara jadi macam Filipina Mexico nanti. Hiburan no.1. Tapi ekonomi? Jenayah? Sosial? Pembangunan?

(Alang Ibn Shukrimun)
19 Muharram 1442
7 September 2020

⚪Telegram:telegram.me/AlangIbnShukrimun
🔵Facebook:fb.com/AlangShukrimun
🔴Instagram:instagram.com/alangibnshukrimun
⚫Twitter:twitter.com/alangshukrimun

#AiS
#AiSSiasah


0 ulasan:

Catat Ulasan