Rabu, 9 September 2020

Kisah Inspirasi Rumah Pelik Dr. Seuss

 Kisah inspirasi ini adalah mengenai sebuah rumah yang pelik, dikenali sebagai "Dr Seuss House" yang terletak di kawasan Willow, Alaska. Rumah Dr Seuss juga menjadi salah satu keajaiban seni bina di Amerika Syarikat, lihat gambar di bawah ini, keunikan rumah Dr Seuss.

Sumber gambar


Pemilik asal rumah ini telah membinanya lebih dari 10 tahun sebelum dia meninggal dunia. Kemudiaan rumah ini ditinggalkan selama 10 tahun tanpa pemilik, sehinggalah pemilik baru membeli rumah tersebut dan mengubahsuai terutamanya kayu yang telah usang.

Apa yang menariknya kisah inspirasi rumah Dr. Seuss adalah, pada awalnya pemilik rumah ini membina rumahnya untuk bertujuan melihat pemandangan di kawasan Alaska terutamanya pergunungan (Gunung) Denali. Kebetulan dia membina rumah ini, setelah berlakunya kebakaran hutan,  maka pokok-pokok yang berada di kawasan tersebut telah pun musnah. Dengan ini memudahkan lagi dia (pemilik) melihat dengan jelas pemandangan pergunungan Denali.


Setelah beberapa tahun, pokok yang berada di kawasan rumah tersebut semakin hari semakin meninggi, maka pemilik menambahkan lagi ketinggian rumahnya agar tidak ada lagi yang menghalang untuk dia melihat pemandangan gunung tersebut.  

Menarik bukan, di bawah ini adalah gambar keadaan di rumah Dr Seuss House. Bagaimana pula keadaan dalam rumah Dr Seuss? 
Sumber Gambar

Sumber Gambar


0 ulasan:

Catat Ulasan