Jumaat, 26 April 2024

Filem Sheriff kutip RM22.1 juta selepas 7 hari tayangan

MV5BN2FjMTY4OWUtMzkxOC00NjI4LTg2N2QtZjIyYzY2ZWQzNTY0XkEyXkFqcGdeQXVyMTUzMDA3Mjc2

Filem Sheriff adalah kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila.

 KUALA LUMPUR – Filem bercorak aksi thriller, Sheriff terus mendominasi pawagam seluruh negara apabila meraih kutipan sebanyak RM22.1 juta selepas tujuh hari tayangan.

Penerbit eksekutif filem berkenaan merangkap Naib Presiden Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad bersyukur kerana menerima maklum balas luar biasa daripada penonton.

Melihat respon penonton yang sudah menonton filem Sheriff di pawagam, rata-rata dapat menerima jalan cerita dengan plot twist yang di luar jangkaan.

“Memasuki minggu kedua, segelintir penonton sudah mula ulang menonton Sheriff lebih tiga kali di pawagam. Kutipan RM22.1 juta meletakkan Sheriff sebagai filem tempatan nombor satu tahun ini.

“Sekiranya sambutan menggalakkan ini berterusan, insya-Allah Sheriff akan mencipta sebuah lagi sejarah dengan meraih kutipan luar biasa.

“Kami mengharapkan penonton yang belum menyaksikan Sheriff tidak akan ketinggalan merasai ‘#DemamSheriff’ dan menikmati naskhah yang menjanjikan pengalaman berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Filem yang turut mengangkat subjek ‘polis tangkap polis’ terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw itu mencatat kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal.

Sheriff menampilkan watak Nazri lakonan Syafiq Kyle iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit lakonan Datuk Aaron Aziz semakin berleluasa.

Nazri terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana pelaku sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pada masa sama, Sheriff lakonan Zul Ariffin adalah anggota Jabatan Integriti yang dihantar untuk menyelesaikan kes Meth Killer dan ditugaskan bersama Nazri di bawah satu jabatan.

Filem Sheriff adalah kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila. – MalaysiaGazette

0 ulasan:

Catat Ulasan