Isnin, 8 April 2024

Jumpa di mahkamah, Rayer beritahu pendakwah

 Ahli Parlimen Jelutong berkata beliau tegas dengan apa diucapkan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer enggan kemuka permohonan maaf kepada pendakwah Muslim, Zamri Vinoth Kalimuthu kerana menggesa tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP RSN Rayer berkata tidak akan kemuka permohonan maaf terhadap Zamri Vinoth Kalimuthu berhubung kenyataan dibuat di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Jelutong itu berkata, beliau tegas dengan apa diucapkan di Parlimen.

“Saya tidak perlu 14 hari untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan saya. Saya akan jumpa Zamri Vinoth Kalimuthu di mahkamah,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Petang tadi, Zamri menuntut permohonan maaf daripada Rayer kerana menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap pendakwah itu atas dakwaan menghina orang Hindu.

Zamri juga menuntut Rayer menarik balik kenyataannya dibuat merujuk dirinya. Beliau memberi tempoh 14 hari berbuat demikian.

Zamri berkata, beberapa laporan polis dibuat terhadapnya pada 2021 selepas didakwa oleh beberapa individu menghina Tuhan Shiva dalam video dimuatnaik di Facebook dan YouTube.

Katanya, susulan itu beliau direman empat hari.

Beliau berkata, walaupun pihak berkuasa memutuskan kesnya tiada tindakan lanjut, Rayer mengulangi dakwaan terhadapnya di Dewan Rakyat, baru-baru ini.-FMT

0 ulasan:

Catat Ulasan