Selasa, 24 November 2020

Selepas Patriot, Kini Giliran Adik Ipar Tun M Pula Yang Membantah Larangan Jual Arak

 


Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia Jeneral (bersara) Hashim Mohd Ali tampil membantah sekatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penjualan minuman keras jenis liquor di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina mulai Oktober tahun depan.

Menyuarakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig-Jeneral (bersara) Mohamed Arshad Raji, Hasim berkata walaupun bukan urusannya untuk mempromosikan pengambilan alkohol, kerajaan mesti menghormati hak orang bukan Islam.

Katanya, ini kerana masyarakat Malaysia hidup di negara yang berbilang agama dan selama beberapa generasi, tidak ada masalah dalam penjualan minuman keras di kedai-kedai ini.

"Angkatan Tentera Malaysia juga berbilang kaum dan terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Pembelian dan meminum liquor terbuka untuk pegawai dan tentera bukan Islam dari kedai Pernama (Perbadanan Perwira Niaga Malaysia) tidak pernah menjadi masalah.

"Sebenarnya, ini membolehkan pegawai kanan memantau tingkah laku pembelian dan minum anggota tentera bersenjata bukan Islam di bawah pengawasan mereka," kata Hashim pada satu kenyataan hari ini.

-mindarakyat

ps:Admin terasa amat sedih bila orang Islam mempertahankan perkara sebegini.Susah untuk diucapkan.Astaghfirullah

2 ulasan:

  1. Sudah2la paklong. Bersaralah dari menulis. Apa yg beliau kata ada benar juga. Org mcm paklong hanya nak jadi jaguh islam membabi buta. Paklong hanya keyboard warrior. Beliau adalahpadalah bekas panglima atm. Paklong bukan pernah pegang senjata pun. Yg paklong pegang hanya konek paklong sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu bebahasa kurang ajar..tak tahu hormati org..

      Padam