Rabu, 25 November 2020

Saya minta semua wanita yang jadi mangsa Dai Syed buat laporan polis - Seif Jamalullail

SELEPAS tular tuduhan mengaibkan di media sosial tentang Dai Syed, ayahnya tampil bersuara menerusi Facebook meminta semua individu yang pernah menjadi mangsa membuat laporan polis dan menegaskan tidak akan pertahankan atau menyebelahi anaknya itu.

Menurut Seif Jamalulail isu berkenaan sudah lama viral dan beliau sendiri menerima mesej bertalu-talu daripada mangsa yang mengadu kepadanya.

"Isu viral ini dah lama, hari ini makin jadi heboh pula, kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apa lagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah," tulisnya.

Ayah Dai Syed

Beliau turut menasihatkan semua individu yang pernah menghubungi dan mengaku telah menjadi mangsa anaknya itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Bagi mereka-mereka yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil

 "Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut." katanya.


Seif Jamalulail turut mendedahkan beliau telah cuba menasihatkan Dai Syed, namun  sudah dua tahun segala mesej yang dihantar kepada anaknya itu tidak dipedulikan.

"Segala didikan telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada uapaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun," katanya.

Beliau turut menuliskan satu nasihat terbuka buat anaknya itu agar tidak menggunakan agama untuk menutup kesalahan.

"Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral janganlah kamu menggunakan agama untuk menutup kebejatan mu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke Jalan Allah dan jalan leluhur mu, kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu," tulisnya.


Sumber — https://www.milosuam.net

0 ulasan:

Catat Ulasan