Khamis, 26 November 2020

Cari dan siasat segera pembunuh Adib - Bapa

 MUHAMMAD Adib Mohd Kassim

MUHAMMAD Adib Mohd Kassim

ALOR SETAR: Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap siasatan mencari penjenayah yang menyebabkan kematian anaknya dapat dilakukan segera berikutan sudah terlalu lama menunggu.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata beliau masih tidak berpuas hati dan kecewa apabila pihak bertanggungjawab tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk membela kematian arwah Adib.

"Sebelum ini, Mahkamah Koroner sudah putuskan kematian Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali, mahkamah itu juga turut merumuskan kegagalan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam mengawal rusuhan juga menyumbang kematian anak saya.

"Peguam keluarga saya sendiri sudah minta polis segerakan siasatan selanjutnya, sampai sekarang tak nampak apa-apa tangkapan lagi.

"Polis tidak berhubung dengan saya untuk memberitahu sebarang perkembangan terkini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Kassim, berkata beliau tahu lagi untuk menggambarkan perasaan kecewanya, namun tidak pernah berhenti berharap suatu hari nanti kematian Adib terbela.

Beliau sentiasa berdoa penjenayah yang membunuh anaknya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

"Saya tak pernah lupa menziarahi pusara Adib, selain berdoa dan membuat majlis tahlil," katanya.

Pada Ogos lalu, Mohd Kassim pernah meluahkan perasaan kecewa apabila kertas siasatan arwah anaknya dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara, pada 23 Julai lalu dengan disusuli beberapa cadangan.

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Muhammad Adib, pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin ketika memperincikan perkembangan kes itu berkata, cadangan lain turut dikemukakan adalah membuka semula inkues untuk siasatan jika mendapat persetujuan Peguam Negara.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa.

Allahyarham meninggal dunia, 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

-BH Online

Related Posts:

  • Cari dan siasat segera pembunuh Adib - Bapa MUHAMMAD Adib Mohd KassimALOR SETAR: Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap siasatan mencari penjenayah yang menyebabkan kematian anaknya dapat dilakukan segera berikutan sudah terlalu lama menunggu.Bap… Read More
  • Imbas:Apa kesudahan kes Mohd Adib? Kes jenayah terhadap Adib, kakitangan kerajaan yang beruniform yang telah dibelasah ketika bertugas pada 27 November 2018, masih segar dalam ingatan.Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, M… Read More
  • Perbezaan di antara Kugan dan Arwah Adib Di Malaysia. Di antara Kugan dan Arwah Adib.Kugan Ananthan adalah seorang penjenayah berprofil tinggi yang telah ditangkap kerana aktiviti samun. Kerugian yang dialami oleh mangsanya menjangkau jutaan ringgit.Namun Kugan didapati ma… Read More
  • Kematian Adib Bukti Murahnya Nyawa Penjawat Awam Malaysia BANGI, 19 Safar 1442H, Rabu – Seolah-olah tiada pembelaan dan keadilan isu kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memperlihatkan betapa murahnya nyawa seorang penjawat awam di Malaysia.Presid… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan