Bahan Lapisan Bawah
-3 cawan beras pulut - rendam 1 - 2 jam
-1 sudu kecil garam
-3 cawan santan cair fresh (boleh guna santan pekat kotak yang dicampur air)
-2 sudu teh minyak masak
Cara membuatnya..
#1. angkat dan toskan beras pulut tadi hingga kering kemudian siapkan loyang dan sapukan minyak pada sekeliling loyang. satukan semua bahan diatas tadi kedalam loyang kemudian gaul hingga sebati.
#2. selepas tu kukus di dalam pengukus yang sudah mendidih airnya selama lebih kurang 30 minit. kacau sekali kala supaya masak merata.
#3. apabila sudah masak tekan pulut tadi supaya padat dan mampat dalam loyang. sedia untuk dilapis dengan lapisan kedua.
Bahan-Bahan Lapisan Atas
-2 cawan santan pekat
-4 helai daun pandan + 150 ml air (kisar dan tapis supaya jadi air pandan)
-3/4 cawan gula pasir
-1 1/2 sudu besar tepung jagung
-1 biji telur ayam
-1 cawan tepung gandum
-sedikit garam
-pewarna hijau
Cara Membuatnya
#1. campurkan tepung gandum, telur, tepung jagung, santan pekat, garam dan gula kedalam bekas yang sesuai kemudian kacau hingga sebati. tuangkan air dan kacau lagi hingga rata. masukkan air tapisan daun pandan dan pewarna hijau kemudian kacau hingga rata boleh guna whisker.
#2. untuk memastikan tidak ada bintilan anda boleh tapis adunan tersebut, apabila anda sudah memastikan bahawa adunan atas sudah siap boleh tuangkan pada loyang yang berisi beras pulut yang sudah dikukus tadi.
#3. kukus adunan selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak, supaya mengelakkan air kukusan tidak menitik pada kuih boleh balut penutup pengkus dengan kain bersih dan setiap 10 minit buka penutup untuk menghilangkan wap air.
#4. apabila sudah masak angkat dan sejukkan kemudian potong mengikut sesuka hati anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan