Khamis, 1 Oktober 2020

Kematian yang dicemburui:Abang Man meninggal ketika melaungkan azan Subuh

Kematian yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas Rosliman atau mesra dipanggil abang Man, apabila disahkan meninggal dunia ketika sedang melaungkan azan Subuh di Surau Ar-Rayyan pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Allahyarham dikatakan baru sahaja melaungkan dua rangkap dari kalimah Azan sebelum terhenti dan menimbulkan tanda tanya penghuni Apartmen Sri Ixora Seksyen 27, Shah Alam.

Menurut cerita yang dikongsikan Lembaga Zakat Selangor, arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.

“Seluruh penghuni apartment berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ini cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti.

“Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas. Selang kemudian terdengar ajk (Ahli Jawatankuasa) lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga abang Man turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.

“Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan. Abang Man, telah kembali bertemu penciptanya dalam keadaan semua orang berimpikan iman,” katanya.

Salah seorang jemaah yang rapat dengan arwah sebak dan menceritakan baru semalam arwah bersungguh mahu menjayakan majlis kesyukuran rakan mereka, Ustaz Sahari yang baru sahaja keluar dari hospital.

“Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi O kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.

“Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau,” luahnya lagi.


Related Posts:

  • 'Mak cik petir' meninggal duniaNORYATI Taib. FOTO FB Faizul Hafiz HashimJohor Bahru: Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mak Cik Petir' menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul… Read More
  • Siasatan rapi punca kes kematian selepas disuntik vaksin BERNAMASeoul: Kerajaan Korea Selatan akan menjalankan siasatan rapi berhubung kematian lima rakyatnya selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Perdana Menteri Chung Sye-kyun, pada Khamis.Beliau meminta masyarakat… Read More
  • Penerima hati pertama, Afiq Ikmal meninggal duniaKUALA LUMPUR: Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi.Perkara itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail ketika … Read More
  • Doktor maut selepas terima dos kedua vaksin Covid-19DR. J.BARTON WILLIAMS meninggal dunia selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19. - AGENSINASHVILLE: Seorang doktor dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 yang dipasark… Read More
  • Jenazah kru KRI Nanggala 402 akan dibawa ke SurabayaKAPAL peronda KRI Bontang (907) tiba di pangkalan tentera laut di Banyuwangi, Jawa Timur. FOTO AFPJakarta: Jenazah kru kapal selam Indonesia KRI Nanggala-402 akan dibawa ke Surabaya, Jawa Timur.Ketua Angkatan Laut Laksamana Y… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan