Khamis, 7 Mac 2024

𝗙𝗲𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮

 𝗙𝗲𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮


(Gambar bot Pulau Pandan daripada group Kangar Dalam Kenangan)

Perkhidmatan feri menggunakan bot berinjin motor yang pertama di antara Kuala Perlis dan Langkawi dimulakan oleh Tauke Un Chui.

Bot yang berbentuk seperti Feri Pulau Pandan dalam gambar di bawah digunakan. (Perkhidmatan Bot Pulau Pandan ini dalam tahun 1970an)

Tauke Un Chui menggunakan 2 buah bot tetapi hanya sebuah sahaja bot yg digunakan untuk perkhidmatan ini. Sebuah lagi bot dijadikan  bot gantian jika berlaku kerosakan pada bot utama.

Perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi pada masa itu mengambil masa lebih kurang 7 jam. Bot bertolak pada pukul 10 pagi dari Kuala Perlis dan akan tiba dalam pukul 5 petang di Langkawi. Keesokannya pula bot ini akan bertolak dari Langkawi pada pukul 10 pagi dan tiba di Kuala Perlis pada jam 5 petang. Jadi perkhidmatan feri Kuala Perlis dan Langkawi ini berselang sehari kerana menggunakan bot yang sama.

Dikatakan bahawa jeti feri di Langkawi ketika itu terletak di sekitar muara sungai berhampiran dengan kawasan Bukit Malut. Penumpang-penumpang yang turun akan meniti di atas titi kayu berlantai papan yg berselang lubang untuk ke daratan.

Kredit : Kim Ai

0 ulasan:

Catat Ulasan