Rabu, 13 Mac 2024

12 DIALEK BAHASA MELAYU DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU (TANAH BESAR)


Kredit to: Daeng Tenrikalla Andika

Semenanjung Tanah Melayu atau Tanah Besar mempunyai 12 dialek Bahasa Melayu secara rasmi digunakan. Artikel ini merujuk kpd dialek Bahasa Melayu Semenanjung sahaja, bukan bahasa2 peribumi Bumiputera di Semenanjung seperti Bahasa Tumbro / Namron (Siam), Bahasa Jawa (Jowo), Bahasa Bugis (Ugik), Bahasa Kampar, Bahasa Mendahiling, Bahasa Banjar, Bahasa Kerinchi, Bahasa Bawean (Phebian / Boyan), Bahasa Rawa (Rao), Bahasa Minangkabau, Bahasa Madura (Madureh), Bahasa Aceh, Bahasa Mahmeri, Bahasa Seletar, Bahasa Urak Lawoi, Bahasa Urak Kanaq, Bahasa Jah-Hut, Bahasa Sakai, Bahasa Jakun, Bahasa Orang Laut & Bahasa Che Wong yg dipertuturkan di setengah kawasan2 Semenanjung. Bahasa2 yg tersenarai itu bukan lah Bahasa Melayu, namun serumpun dgn Bahasa Melayu.

Pemetaan ini khususnya utk memperkenalkan & mengumpul maklumat Bahasa2 Dialek Melayu di Semenanjung. Bahasa2 Dialek Melayu di Sumatera tidak dimasukkan sekali dlm peta sbb di sana terdapat lebih byk variasi Bahasa Melayu dan jika dimasukkan nnt dh jadi cerita lain dh, terlalu byk. Hanya Riau sahaja yg dimasukkan dlm pemetaan sbb ia sama dgn dialek Melayu yg dipertuturkan di Johor & Selangor. Ada beberapa dialek Melayu Semenanjung yg kurang diberi pendedahan umum & aku yakin, ramai yg tk tahu kewujudan dialek2 tersebut iaitu dialek Melayu Reman, dialek Melayu Hulu Terengganu dan 3 dialek Melayu Pahang yg sering disalah ertikan sama dgn dialek Terengganu atau Kelantan. Diharap dgn pemetaan ini, dpt bersama2 kita lestarikan dialek2 ini semua agar ia tidak pupus ditelan masa.

Kalau diperhatikan kewujudan perkataan Dialect Continuum di dlm artikel ini. Dialect Continuum bermaksud dialek yg berterusan di antara kawasan A dan kawasan B, akibat percampuran kawasan A dan kawasan B, mereka telah menciptakan sejenis dialek baru yg merupakan campuran dari dialek A dan dialek B. Itu yg dinamakan Dialect Continuum.

1. Dialek Melayu Kedah (atau juga dipanggil dialek Utagha)

- Secara dasarnya dipertuturkan oleh keturunan Melayu Kedah dari Tanah Sari (hari ini sebahagian dari Myanmar. Bahasa Burma: Thanitharyi. Bahasa Inggeris: Tenasserim. Bahasa Thai: Tanao Sri) sehingga ke daerah Manjung, Perak.

- Dikembangkan oleh Kerajaan Kedah dan merupakan bekas wilayah Kedah yakni Tanah Sari & pantai barat Thailand seperti Satun (Melayu: Setul), Trang (Melayu: Terang), Krabi (Melayu: Ghairabi), Phuket (Melayu: Bukit), Ranong (Melayu: Renong), wilayah2 ini jatuh ke kekuasaan Thai & Burma menjelang kurun ke-18 namun tinggalan Bahasa Melayu Kedah masih wujud namun telah bercampur gaul dgn Bahasa Thai, sebilangan besar keturunan Melayu Kedah di pantai barat Thailand juga telah kehilangan lidah Bahasa Melayu namun masih ada yg menuturkan dlm bilangan kecil. Dialek ini masih kuat dipertuturkan di Tanah Sari disebabkan kerajaan Myanmar yg lemah dlm pentadbiran, ada antara Melayu Kedah di Tanah Sari juga tidak tahu menggunakan Bahasa Myanmar dan hanya tahu berbahasa Melayu Kedah, berbeza situasi dgn di Thailand di mana telah dijalankan proses asimilasi Thai yg membuatkan orang Melayu Kedah di sana byk kehilangan lidah Kedah dan lebih menggunakan Bahasa Thai.

- Dialek Kedah yg dipertuturkan di Perak merupakan dialect continuum & bukan 100% dialek Kedah, merupakan dialek Kedah yg dicampurkan dgn dialek Perak. Beberapa kosakata Kedah telah digunakan secara meluas tetapi disebut dgn cara sebutan Perak (menggunakan E Pepet). Cth: “Depe pi mana tadi hang nampak dak depe tadi?” Perkara ini terjadi kerana pantai Perak byk dihuni oleh orang Kedah, ada antaranya telah menyerap dgn dialek Perak, tp ada juga yg masih tegar menggunakan dialek Kedah asli terutama golongan veteran. *Perak bahagian ini tidak pernah di bawah kekuasaan Kesultanan Kedah.

- Dialek Melayu Kedah juga terkenal dgn sebutan bakunya dan menambah akhiran sebutan menjadi Q.

2. Dialek Melayu Reman (atau juga dipanggil Dialek Melayu Baling, Sik, Gerik atau Dialek Hulu Kedah, Dialek Hulu Perak)

- Dialek ini pada asalnya merupakan Bahasa rasmi kerajaan Reman, sebuah Kerajaan Melayu di daerah Yala, Thailand hari ini yg telah dimusnahkan oleh Dinasti Chakri pada kurun ke-19. Kerajaan Reman suatu ketika dulu adalah kerajaan anak kepada Kerajaan Patani. Wilayah Kerajaan Reman asalnya meliputi Yala, Sik, Baling, Padang Terap, Selama & Gerik.

- Sebagai kerajaan anak kepada Patani, dialek yg dipertuturkan tidak banyak bezanya dengan dialek Melayu Patani, namun disebabkan lokasinya yg terletak di antara negeri Kedah & Patani membuatkan dialek ini mempunyai elemen kedua dua dialek negeri tersebut.

- Senang dikatakan, dialek Melayu Reman ini juga sebenarnya merupakan dialek continuum kepada dialek Melayu Kedah & dialek Melayu Patani. Banyak kosakata dialek Melayu Reman merupakan kosakata Patani tapi disebut dengan cara Kedah iaitu sebutan baku, contohnya “Demo” (Awak) di Patani disebut sebagai “Dema” (Awak) di dialek Melayu Reman.

- Dialek Melayu Reman kurang popular di Malaysia dan wajar diberi pendedahan agar dialek ini tidak terhapus digantikan dgn penggunaan dialek Melayu Kedah atau Patani / Kelantan yg lebih dominan dan popular.

3. Dialek Melayu Patani (atau juga dipanggil Dialek Melayu Kelantan / Kelate atau Bahasa Yawi di Thailand)

- Dialek ini dipertuturkan di daerah Patani, Narathiwat di Thailand hari ini, negeri Kelantan & daerah Besut di Terengganu.

- Dialek ini merupakan Bahasa rasmi orang Melayu Patani di Thailand dan diberi gelaran sebagai Basa Yawi (Jawi). Di Malaysia ia dikenali sebagai Dialek Melayu Kelantan. Suatu masa dahulu, Kelantan & Patani adalah sebuah negeri yg satu. Kelantan seperti juga Reman, merupakan negeri anak kepada Patani.

- Dialek Melayu Patani dikenali dgn penggunaan E talingnya. Setiap perkataan Melayu yg berserta akhiran LAN atau KAN akan diubah menjadi E taling di dialek Patani, manakala perkataan Melayu yg akhiran A akan diubah menjadi O, perkataan Melayu yg berakhiran huruf mati T akan ditebalkan menjadi K.

- Dialek Melayu Patani masih kuat dipertuturkan kerana sikap orang Patani & Kelantan yg masih kuat berpegang pada dialek asli mereka, 1 sikap yg baik demi menjaga dialek mereka daripada pupus.

4. Dialek Melayu Perak (atau juga dipanggil Dialek Peghak atau Melayu Perak Selatan)

- Dialek ini dipertuturkan di kawasan Perak Selatan & merupakan 1 1 nya dialek Perak asli jadi wajar diberi gelaran Dialek Melayu Perak sahaja.

- Dialek ini menjadi dialek lingua franca atau pemersatu bagi etnik2 peribumi di Perak Selatan yg terdiri dari pelbagai etnik Bahasa berbeza antaranya Jawa, Melayu, Banjar, Bugis, Mendailing, Rawa, Kampar & Kerinchi. Etnik2 ini banyak berpindah ke Perak Selatan selepas era perang Klang (Perang Saudara Selangor 1860an).

- Dialek ini menggunakan byk E Pepet dlm sebutan, setiap yg berakhiran A akan disebut E pepet. Dialek ini juga terkenal dgn sebutan R yg ditebalkan menjadi Ghrau maka kebanyakkan penutur asli Melayu Perak akan biasanya mengalami kesukaran utk menyebut huruf dgn huruf R dgn betul. Cthnya Rokok akan menjadi Ghokok. Rambut akan menjadi Ghambut. Namun pelat ini tidak se-ketara orang Melayu Sarawak, Pontianak kerana orang Melayu Perak mudah mengikut lenggok Bahasa / dialek tempatan apabila beliau merantau.

- Disebabkan sikap mudah mengikut lenggok orang itu, dialek Melayu Perak juga mengalami kemunduran, byk kawasan2 yg asalnya bertutur dialek Melayu Perak cthnya di Perak Hilir di antara sempadan Manjung & Telok Intan telah berubah menggunakan dialek Melayu Kedah.

5. Dialek Melayu Hulu Pahang (atau juga dipanggil Dialek Raub, Lipis)

- Dialek ini dipertuturkan di daerah Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Bentong & Cameron Highlands

- Dialek ini sebenarnya merupakan dialect continuum dialek Melayu Perak & dialek Melayu Reman / Patani. Ia juga sering disalah ertikan dgn dialek Melayu Perak akibat bunyinya yg hampir sama.

- Seperti juga Dialek Perak, dialek Melayu Hulu Pahang juga menggunakan E Pepet utk akhiran A.

- Dialek ini mengalami kemunduran akibat sikap penutur aslinya yg mudah mengikut lenggok dialek lain. Di daerah Bentong contohnya amat susah nak jumpa penutur dialek ini malah banyak yg menutur dialek Johor-Riau Selangor mungkin disebabkan lokasinya yg hampir dgn daerah Gombak, Selangor.

- Daerah Merapoh iaitu daerah sempadan antara Kuala Lipis (Hulu Pahang) dgn Gua Musang (Kelantan) juga lebih byk menggunakan dialek Patani (Kelantan) berbanding dialek Hulu Pahang.

6. Dialek Melayu Hilir Pahang (atau juga dipanggil Dialek Temerloh, Maran)

- Dialek ini dipertuturkan di daerah Temerloh, Maran & Bera.

- Dialek ini sama juga seperti dialek Hulu Pahang Cuma mempunyai beberapa kosakata berbeza.

- Seperti juga dialek Hulu Pahang, dialek ini juga mengalami kemunduran.

7. Dialek Melayu Kuala Pahang (atau juga dipanggil Dialek asli Kuantan, Pekan, Rompin)

- Dialek ini dipertuturkan di daerah Kuantan (kawasan pedalaman), Maran & Bera.

- Seperti juga dialek Hilir Pahang & Hulu Pahang, tidak banyak beza Cuma mempunyai beberapa beza kosakata dan disebut berlainan sedikit.

- Seperti juga dialek Hilir & Hulu Pahang, dialek ini juga mengalami kemunduran, antara sebabnya adalah penyerapan dialek Kuala Terengganu yg banyak malah kebanyakkan penutur Kuala Pahang telah kini menggunakan dialek Kuala Terengganu (terutama generasi muda).

8. Dialek Melayu Hulu Terengganu (atau juga dikenali Dialek Kuala Berang)

- Dialek ini dipertuturkan di daerah Hulu Terengganu & sedikit di Setiu.

- Dialek ini dipercayai dialek Bahasa Melayu tertua di Semenanjung. Dialek ini juga menurut beberapa sarjana berkemungkinan besar merupakan Bahasa Proto-Malayan, banyak sebutan di dalam dialek Hulu Terengganu kedengaran purba seperti contoh “Larai” (Lari), “Akaw” (Aku), “Jagaung” (Jagung), “Balaik” (Balik). Sebutan begini sangat tipikal dalam bahasa2 purba Austronesia yg masih dituturkan di beberapa kawasan seperti di Borneo Utara, Maluku, Pergunungan Sumatera Selatan & Gugusan Kepulauan Barat Thailand (Bahasa Moken).

- Dialek ini juga mengalami kemunduran akibat kurang popular, kebanyakkan kawasan asli dialek Hulu Terengganu juga telah digantikan penggunaan dialek Kuala Terengganu yg lebih dikenali umum & dominan.

9. Dialek Melayu Kuala Terengganu (atau juga dikenali Dialek Teganu / Marang)

- Dialek ini dipertuturkan di sepanjang pantai Terengganu sebab itu digelar sebagai dialek Kuala Terengganu, kecuali daerah Besut & jajahan takluknya (Pulau Perhentian) hinggalah ke pantai Pahang & Mersing di Johor. Pantai Pahang & Mersing Johor menggunakan dialek Kuala Terengganu disebabkan jumlah bilangan kedatangan orang Terengganu ke kawasan tersebut.

- Dialek ini terkenal dengan penggunaan huruf G yg banyak. Dari segi kosakata dialek ini sebenarnya tidak banyak bezanya dengan dialek Melayu Patani / Kelantan cuma cara penyebutan sahaja diubahsuai. Segala yg berakhiran E taling di Melayu Patani diubah menjadi NG di Kuala Terengganu manakala segala yg berakhiran O di Melayu diubah menjadi E pepet di Kuala Terengganu.

- Dialek ini dipercayai dikembangkan oleh orang Bugis dari Sulawesi Selatan akibat penggunaan G yg iras digunakan secara mendadak serta pengubahsuaian akhiran T menjadi K namun bukti kukuh tidak ada setakat ini walaupun beberapa perkara boleh diambil kira antaranya cara hidup orang Kuala Terengganu yg sinonim dgn laut (iras dgn cara hidup orang Bugis), makanan tradisi orang Terengganu iaitu Nasi Dagang yg dipercayai berasal dari Burasak (makanan tradisi orang Bugis) & akhir sekali sejarah pembukaan daerah2 di Terengganu antaranya daerah Setiu yg dibuka oleh seorang pendekar berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan bernama Tok Setiu.

10. Dialek Melayu Johor-Riau Selangor (atau juga dikenali Dialek KL, Dialek Melayu Riau)

- Dialek Melayu Johor-Riau Selangor merupakan dialek yg sangat penting yang dijadikan standard / asas buat Bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapura. Dialek ini diangkat berkat Kepulauan Riau yg pernah menjadi pusat penting perkembangan Bahasa Melayu selepas ia dimodenkan oleh Almarhum Raja Ali Haji, seorang penulis / bapa Bahasa Melayu berketurunan Bugis.

- Dialek ini terkenal dgn sebutan E pepet di setiap perkataan yg berakhiran A.

- Sering dipanggil oleh orang Malaysia sebagai “loghat KL” sebenarnya nama betulnya adalah Dialek Johor-Riau Selangor kerana ia digunakan 3 negeri ini sejak zaman sebelum wujudnya Kuala Lumpur jadi tk wajar KL pula yg dapat nama. Johor-Riau & Selangor sebelum 1760 adalah 1 negeri yg sama, budaya 3 negeri ini sering bertukar-tukar jadi tk hairan dialek ini masih kuat dipertuturkan di 3 negeri ini.

11. Dialek Melayu Melaka

- Dialek ini dikenali dgn sebutan yg byk menggunakan huruf U di akhirannya. Segala yg berakhiran R akan diubah menjadi U, cth: Pagar menjadi Pagau, Ular menjadi Ulau.

- Dialek Melaka sbnrnya sangat kaya dgn kosakata tersendiri namun kurang dikenali.

- Juga dikenali sebagai dialek paling kasar di Malaysia, byk perkataan2 cacian atau makian di Bahasa Melayu dipercayai berasal dari dialek Melaka.

- Seperti dialek Johor-Riau Selangor, dialek ini juga mengubah sebutan akhiran A menjadi E pepet namun disebut dgn intonasi lebih panjang. Cth: Ape dieeee.

- Dituturkan juga di kawasan Muar, Johor.

12. Dialek Melayu Negeri Sembilan (Dialek Nogori / Melayu Minangkabau)

- Dialek ini tercipta hasil percampuran orang Minangkabau dengan masyarakat Melayu setempat. Negeri Sembilan adalah negeri yg didominasi oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia. Dialek ini merupakan creole atau pidgin Melayu / Minangkabau, yg bermakna ia asasnya masih Bahasa Melayu Cuma disebut cara Minangkabau.

- Dialek ini dipertuturkan di kawasan pedalaman Negeri Sembilan khususnya daerah2 yg masih kuat beradat Minangkabau, setengah kawasan masih menuturkan Bahasa Minangkabau dan dialek ini sebagai Bahasa pemersatu.

- Dialek ini dikenali dgn penggunaan huruf O yg byk.

- Dialek ini diambang kemunduran juga akibat byk kawasan2 bandar telah didiami orang bkn negeri Sembilan & penduduk asal mudah mengikut lenggok dialek orang luar.

Credit 

0 ulasan:

Catat Ulasan